MUZIUM DIRAJA ISTANA BATU : PELAKAR SEJARAH SALASIAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

0

 


Destinasi terakhir pada hari ini ialah Muzium Diraja , Istana Batu. Istana Batu terletak bertentangan dengan Perkampungan Kraftangan yang juga menempatkan Restoren Nasi Ulam Cikgu yang cukup termasyhur itu. Yuran yang dikenakan adalah RM 2.00 bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah . 
 
Istana ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Istana ini dibina khas sebagai hadiah perkahwinan kepada KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (1961-1979) dengan DYMM Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra, daripada ayahanda saudara baginda KDYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (1920-1944).
 

 
 
Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan. Setiap ruang dan bilik yang terdapat di istana ini disusun atur indah dengan barangan kristal, perak dan tembaga serta perabot antik yang tidak ternilai harganya.
 
Sangat sesuai untuk dilawati oleh keluarga bagi memperkenalkan mereka kepada sistem kesultanan Melayu terutama di Kelantan. Hari ini nampaknya tak sempat menziarahi Muzium Kraftangan dan Muzium Perang (Bank Kerapu) pada hari ini memandangkan hari semakin mendung. Insyaallah esok kami sekeluarga akan terjah ke sana. 
 
 







 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)