TERUSKAN PERJUANGAN CIKGU FADLI SALLEH !!

0

 Tahniah abe Li Mohd Fadli Salleh atas pelepasan dari hukuman buang kerja dan penurunan pangkat yang menjadi satu ketakutan bagi kami penjawat awam selama ini . Harap-harap tindakan ini tidak dilakukan hanya kerana cikgu Fadli mempunyai sokongan yang besar dalam masyarakat, atau kerana negara hampir ke PRU 15. 


Kita perlukan ramai guru seperti Cikgu Fadli yang berani menegur atasan yang sering menidakkan suara guru-guru kecil di bawah. Setelah saluran "betul" dan "sepatutnya" langsung tidak berjalan, terpaksa menggunakan saluran "terbuka" supaya suara yang ada dapat didengari oleh pihak atasan.
secara jujurnya saya secara peribadi beranggapan bahawa ia merupakan suatu perkara yang positif apabila Cikgu Fadli digugurkan daripada hukuman tersebut. Ia sepatutnya diiktiraf sebagai salah satu sejarah bermakna dalam bidang pendidikan negara kerana ia melambangkan keterbukaan atau kesediaan KPM untuk mendengar luahan guru dan rakyat bawahan.. Kita sendiri tak tahu berapa ramai diluar sana guru-guru dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana "bersuara".

 
Semua ini dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti atau ingin mencari pengaruh. Tetapi kerana Cikgu Fadli ingin menyuarakan perkara yang selama ini menjadi permasalahan atau menjadi kegusaran di peringkat bawahan seperti isu beg berat, isu silibus terlalu tinggi tahapnya dan sebagainya. Isu seperti ini BUKAN isu politik. Tetapi isu yang rapat dengan rakyat Malaysia kerana hampir setiap keluarga di Malaysia mempunyai ahli keluarga yang masih belajar di sekolah kementerian.


Harapan saya semoga "saluran" yang ada itu dapat diperbaiki. Kita perlu mengkaji kenapakah suara-suara bawahan tidak sampai ke peringkat atasan. Takkanlah perlu wujudnya 1000 orang "Fadli Salleh" barulah sistem pengurusan dan sistem pendidikan kita dapat diubah dan diambil perhatian oleh orang atasan. Kami para guru sayang kepada tugas kami sebagai pembimbing dan penyampai ilmu kerana tugas ini sangat mulia di sisi agama dan masyarakat. Cuma kami harap yang terbaik untuk anak bangsa kami supaya negara ini terus maju, makmur dan bergerak ke hadapan seiiring negeri maju yang lain. 


#CikguZhaf

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)