SUMBANGAN MAKANAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA PENDUDUK PARIT 10 DAN 11 GAMBUT

0
 
Alhamdulillah. Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar pada pagi tadi mengadakan program sumbangan makanan asas kepada penduduk yang tidak berkemampuan di kawasan Sungai Panjang.Pagi tadi bilangan rumah yang dilawati ialah 13 buah rumah. Bilangan peserta rombongan ialah 4 orang melibatkan dua buah kereta. Selain memakai topeng penutup hidung , kami juga mengamalkan social distancing semasa pemberian sumbangan dilakukan.
 
Selain itu kami juga tidak bersalaman dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyerahkan barangan sumbangan makanan. Insyaallah kami akan sentiasa titik beratkan pematuhan standart operating Procedure (SOP) semasa pemberian sumbangan.
Terima kasih kepada para penyumbangan yang menanamkan kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian semua. Amin.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)