KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KERETA DI TEBOK MARSO SEMALAM

0

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 (JKBFR5) menerima laporan bahawa telah berlaku semalam (25 Februari 2019) satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal sekitar pukul 2 petang di Tebok Marso ,Sungai Besar .Tiada butiran lanjut mengapa kemalangan itu berlaku.
————————————————————
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 menyeru kepada seluruh pengguna Jalan Persekutuan FR5 terutama penduduk di sepanjang jajaran bermula dari Tanjong Karang hingga Hutan Melintang untuk bersama-sama kami membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan ini dengan :
 
•melaporkan segala kemalangan yang berlaku di sepanjang jajaran ini .
•melaporkan sebarang ketidakselesaan dan kecuaian kontraktor dalam menguruskan aspek keselamatan pengguna FR5
•menjadi mata dan telinga kami dengan melaporkan segala jenis perkara berkaitan projek ini.
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 berharap supaya setiap pengguna jalan FR5 supaya lebih berhati-hati dan mematuhi segala arahan lalulintas yang ditetapkan.
 
Kami komited untuk perjuangkan nasib pengguna jalan raya Jalan Persekutuan FR5. Sila whatsapp sebarang kemalangan dan laporan kecuaian pihak kontraktor dalam menyediakan Jalan Raya yang selamat untuk pengguna di talian 019-727 4796.
 
JAWATANKUASA BERTINDAK JALAN PERSEKUTUAN FR5
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)