MASJID FELDA SUNGAI TENGI

0

 

Masjid dari sudut pandang hadapan.

 

 

Saya singgah ke Masjid Felda Sungai Tengi untuk solat jamak daripada Hulu Selangor ke Sabak Bernam. Alhamdulillah, cukup cantik dan selesa masjid ini. Identiti masjid dan surau lama masih dikekalkan iaitu adanya ketuk-ketuk/kerantung dan tabuh.
 
Saya pernah menulis berkenaan alatan ini melalui blog saya : https://cikguzhaf.blogspot.com/.../kerantung-alat...
 
 
Tabuh atau gendang masjid

Ketuk-ketuk atau keratung

Perasmian Masjid Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi

Satu sejarah baharu tercipta buat warga Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor, apabila Masjid Sungai Tengi telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

Majlis perasmian ini telah berlangsung pada Isnin, 5 Jun 2017 bersamaan 10 Ramadan 1438 Hijrah. Keberangkatan tiba Baginda Sultan disambut penuh adat istiadat dan diiringi oleh para pegawai kerajaan negeri serta penduduk setempat yang memenuhi perkarangan masjid.

Masjid yang terletak di tengah-tengah komuniti Felda ini bukan sekadar menjadi tempat beribadah, tetapi turut berfungsi sebagai pusat penyatuan masyarakat, penganjuran program keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Dengan seni bina moden dan kemudahan lengkap, Masjid Sungai Tengi menjadi simbol kemajuan rohani dan sosial penduduk kawasan ini.

Semoga keberkatan dan rahmat Allah SWT sentiasa melimpahi seluruh warga Felda Sungai Tengi, serta menjadikan masjid ini sebagai pusat ilmu, amal dan perpaduan ummah.

Plak perasmian masjid

 

 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)
https://www.google.com/adsense/new/u/0/pub-2139388695532172/myads/sitesgoogle.com, pub-8340012288832533, DIRECT, f08c47fec0942fa0