MASJID AL FAIZIN , PEKET 100 SAWAH, SABAK BERNAM

0

Beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Masjid Al Faizin , Peket 100 Sawah, Sungai Besar , daerah Sabak Bernam. Masjid ini merupakan antara masjid tertua di Sabak Bernam dan juga di Selangor. Lokasi masjid ini agak ke dalam sedikit daripada laluan utama iaitu di kelilingi kehijauan sawah yang saujana mata memandang. Sesiapa yang berhasrat untuk berkunjung ke masjid ini, bolehlah mengikut lokasi ini https://goo.gl/maps/uUdMf6keYj6Avq3VA . Sejarah berkenaan masjid ini tidak saya peroleh, tetapi menurut salah seorang rakyat tempatan yang saya temui, masjid ini dibina pada tahun 1950-an.  Mungkin perlu lebih kajian dilakukan selepas ini.

Pemandangan hadapan Masjid Al Faizin

Pemandangan masjid dari bahagian sisi


Kubah masjid berbentuk 4 segi

Gambar di bahagian ruang dalam solat


Ketuk-ketuk dan tabuh yang masih lagi digunakan sebelum dikumandangkan azan menggunakan pembesar suara

Wakaf lama yang berada di pekarangan masjid

Pintu pagar hadapan Masjid Al Faizin

Pemandangan masjid daripada luar

Ruang dalam masjid


Dinding kayu masjid

Balkoni atau laluan di tepi masjid

Pemandangan masjid dari bahagian belakang

Kolah wuduk masjid menambah seri bagi masjid ini.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)