KES BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

0

 

Screenshort video yang tular dalam media sosial

Beberapa hari ini tular video di media sosial berkenaan dengan seorang pelajar sekolah menengah dipukul beramai-ramai oleh pelajar sekolah menengah yang lain . Di dalam video tersebut kelihatan pelajar yang dipukul itu terbaring dan menahan kepalanya daripada terus dipukul. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan dengan tarikh, masa , motif dan lokasi kejadian tersebut berlaku.
 
Tetapi menurut sumber yang lain, kejadian yang tular ini melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati. Dalam satu gambar screenshot yang beredar menyatakan bahawa pihak sekolah telah menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk disiasat dan diambil tindakan.
 

Apa yang paling saya rasa tindakan yang paling bagus dan terbaik ialah pihak pentadbir sekolah, alumni sekolah dan juga PIBG turut hadir bersama-sama ke balai polis untuk memberikan sokongan moral terhadap pelajar tersebut semasa dia membuat laporan. Tindakan pihak pentadbir sekolah yang gentlemen ini sangat terpuji.
 
Saya menyarankan kepada KPM , JPN mahupun PPD untuk memberikan penghargaan kepada pihak sekolah atas keprihatinan dan keberanian sekolah untuk menegakkan hak pelajar yang teraniaya. Saya sering terdengar-dengar di hujung telinga ada pentadbir sekolah yang lebih suka menyelesaikan kes seperti ini secara "dalaman" kerana bimbang nama sekolah tercemar. Akibatnya ada kalangan mangsa yang terus dibuli dan diseksa secara luaran dan dalaman tanpa pembelaan daripada pihak sekolah. Manakala sang pembuli bebas dan bahagia untuk terus membuli orang yang lemah.
 
Sekolah ini berani mengakui bahawa pelajarnya terlibat dengan kes ini , bahkan berani untuk menyatakan sokongan terhadap pelajar yang dibuli ini. Pelajar ini tidak dilabelkan sebagai pengecut , lembik, atau skema hanya kerana tidak mampu bertumbuk dengan segerombolan pelajar lain. Tindakan ini memberi mesej yang jelas terhadap pembelaan sekolah terhadap pelajar yang teraniaya dan penentangan keras pihak sekolah terhadap perbuatan buli.
 
Syabas SMKTM !
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)