KENANGAN TERAKHIR MAEL XPDC DI SUNGAI BESAR

0

 

Screenshot FB peminat yang mengambil gambar ketika arwah sedang dalam kesakitan semasa konsert sedang berjalan

XPDC telah mengadakan konsertnya mininya di pekarangan Stadium Sungai Besar pada 5 Februari 2023 yang lalu. Seingat saya pada malam itu ,hujan turun renyai-renyai seawal pukul 7 malam . Keadaan pada malam itu agak sejuk sehinggakan saya terpaksa memakai baju sejuk yang ada hoodie untuk mengelakkan kesejukan. Saya memang jenis tak tahan sejuk.
 
Konsert percuma sempena Pesta Orkid dan Flora Sungai Besar itu sepatutnya bermula pada pukul 9 malam. Tetapi arwah Mael tidak menunjukkan wajahnya sehingga pukul 11 malam. Jenuh MC nak "bersilat" malam itu untuk drag masa sebelum persembahan bermula. Daripada satu lawak kepada lawak yang lain. Daripada MC buat sesi karaoke sendiri kepada menjemput beberapa orang peminat untuk menyanyi di pentas . 
 
Akhirnya pada pukul 11 malam Mael muncul dengan wajah yang lesu dan "kesakitan". Penyakit asmanya mungkin agak teruk pada malam itu ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang agak sejuk dan tidak sesuai dengan orang sepertinya.
 
 
Kredit kepada empunya gambar dan video.
 
Semoga Allah mengampuni segala dosa almarhum Syed Ismail bin Syed Ibrahim dan tempatkan beliau dalam kalangan mereka yang terpilih. Amin.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)