JAGALAH HARTA WAKAF DENGAN BERTANGGUNGJAWAB

0
 

 
Beberapa hari yang lalu sukarelawan Peduli Sungai Besar mengambil katil hospital di sebuah rumah di Pasir Panjang. Katil hospital itu telah digunakan oleh seorang wanita warga emas sehingga ke akhir hayatnya. Alhamdulillah , seronok rasanya apabila dapat membantu orang yang memerlukan hingga ke akhir hayatnya.
 
Cuma tak berapa sedap apabila semasa kami mengambil katil di rumahnya, kami terkejut apabila melihat katil hospital itu diletakkan di halaman rumah dan dilapik dengan banner nipis sahaja. Tilam biru untuk katil hospital ini tidak lagi boleh digunakan kerana ia mereput dan koyak akibat terdedah dengan air.
 
Sampaikan salah seorang daripada sukarelawan kami berkata kepada anak si Mati
"Abang bakarlah tilam ni. Nak ambik pun dah mereput"
 
Mesej simple. Orang yang punyai akal fikiran pasti tersentak dengan kata-kata ini .
 
Sesiapa yang pernah pegang atau pernah memiliki tilam biru katil hospital tahu bahawa tilam itu kebiasaannya terdiri dari dua lapisan. Lapisan pertama ialah span. Dan lapisan kedua ialah papan habuk kayu. Papan habuk kayu memang tak tahan lama apabila terkena air hujan .
 
Sekarang kami terpaksa membeli tilam yang lain pula untuk digunakan oleh pesakit lain angkara keluarga pesakit yang tak bertanggungjawab ini. Kami faham bahawa sesetengah keluarga nak sangat katil ini dialihkan apabila penggunanya meninggal dunia. Mungkin mereka ingin mengemas tempat yang biasanya pesakit berada . Atau mereka ingin terus move on .
 
Tapi kena sama-sama fahamlah. Apabila anda menelefon wakil NGO kami untuk mengambil katil wakaf ini, berikan kami masa untuk menguruskan pengambilan katil wakaf ini kerana kami bukannya sepenuh masa bekerja dengan NGO. Kami ada pekerjaan masing masing untuk menyara kehidupan kami. Jadi kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengambil harta wakaf ini.
 
Katil hospital sangat sensitif dengan air dan kepanasan. Katil hospital yang dibuat daripada logam boleh berkarat dan mereput apabila diletakkan di tempat yang berair dan lembap. Begitu juga tilam hospital juga mudah mereput apabila terdedah dengan air . Takkanlah semasa dihantar katil dalam keadaan baik, tetapi semasa dihantar balik dalam keadaan hancur dan tidak boleh lagi digunakan?
Nak marah, tapi kesian melihat kedhaifannya. Orang susah tapi tak fikir jauh. Jadi kami terpaksalah membawa balik katil sahaja ke pusat operasi kami.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)