Pada 14 April 2023 yang lalu, saya berkesempatan melawat Galeri Sejarah Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KISTARP) Sabak Bernam . Ziarah ini adalah berkebetulan dengan pertemuan saya dengan Cikgu Kamaruddin , salah seorang tenaga pengajar subjek sejarah di sini. Pelbagai bahan pameran dan sumber rujukan yang ada di sini. Ia termasuklah sejarah Sabak Bernam, gambar-gambar lama, sejarah tokoh-tokoh Islam, barangan klasik , jurnal-jurnal penyelidikan sejarah dan banyak lagi. Ia merupakan suatu usaha yang sangat baik yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi menyemai sifat cintakan sejarah kepada anak-anak bangsa. Semoga terus cemerlang dan maju Galeri Sejarah KISTARP.
![]() |
Pelbagai jenis barangan antik dipamerkan di sini. |
![]() |
Sejarah negara disampaikan dalam pelbagai bentuk dan medium |
![]() |
Bahan sejarah dipamerkan dengan penuh seni dan teratur |
![]() |
Gambar-gambar lama turut dipamerkan di sini |
![]() |
Bahagian tengah Galeri Sejarah KISTARP |
![]() |
Saya yang teruja dengan bahan-bahan yang dipamerkan |
![]() |
Sejarah Sabak Bernam banyak dipamerkan di bahagian ini. |
![]() |
Pintu masuk ke Galeri Sejarah KISTARP |
![]() |
Cikgu Kamaruddin merupakan orang kuat disebalik Galeri Sejarah KISTARP. |