Pada hari ini Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dengan kerjasama Skuad SuriHati dan Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PERKOPP) telah menyerahkan katil wakaf hospital kepada seorang warga emas yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di Parit 6 Timur Sabak Bernam. Pesakit tersebut, Encik Mohd Shaharudin , 89 tahun tinggal bersama-sama anak dan menantunya di sini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada warga emas ini dan diberikan kemudahan kepada keluarga untuk menguruskannya.
Peduli Sungai Besar menerima apa-apa sumbangan kelengkapan pesakit yang baru mahupun yang terpakai untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan pesakit yang dimaksudkan ialah:
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tilam udara
4) tongkat
5) lampin dewasa
6) susu dewasa (belum dibuka dan belum tarikh luput)
7) dan lain-lain keperluan .
Selain itu, kami juga menerima sumbangan keperluan harian seperti :
1) Pek Makanan
2) barangan makanan
3) lampin bayi
4) pakaian baru dan terpakai
5) basikal dan mainan baru terpakai
6) dan lain-lain sumbangan
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti skala kecil yang kami jalankan bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Sekiranya tuan puan ingin menyumbang, silalah menyumbang ke akaun berikut :
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Catatan : infaq Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357.
#SukarelawanNGOSB #CikguZhaf #GerilaKebajikan #KamiPrihatin #SungaiBesar #SungaiPanjang #Sekinchan #SabakBernam
https://www.youtube.com/watch?v=CaamuEsnoNU&t=59s