PAMERAN EXOTIC ANIMAL DI MUZIUM NEGERI KELANTAN

0

 


Destinasi terakhir pada hari ini ialah ke Muzium Kelantan yang sekarang mengadakan pameran Exotic Animal khas untuk pameran haiwan-haiwan eksotik dan tidak didapati di Malaysia. Tiket masuk bagi dewasa ialah RM 8 manakala tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ialah RM 4. Tiket ini tak murah dan tidak begitu mahal. Sederhana. 
 
Pameran haiwan eksotik ini hanya diadakan pada bahagian bawah muzium sahaja , manakala pada bahagian atas, masih ada pameran berkenaan sejarah Kelantan. Macam tak puas pula bila jumlah haiwan yang dipamerkan tak seperti yang saya jangka. Mungkin lepas ini boleh dibuat dengan skala yang lebih besar dengan mempelbagaikan jenis binatang yang ada. 
 
Saya faham mungkin disebabkan ruang pameran tak besar, jadi binatang yang ada memang terpaksa diterhadkan kepada spesis yang tertentu sahaja. Berbaloi kot dengan harga tiket yang sederhana mahal itu. Tapi sekurang-kurangnya anak-anak terhibur juga melihat haiwan-haiwan yang ada. 
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)