JANGAN MENYAKITI JIRAN TETANGGA DENGAN NAJIS KUCING

0
 
Saya merupakan pencinta kucing. Bahkan rumah saya di Kelantan pernah sampai 40 ekor kucing dibela pada satu-satu masa. Anak-anak saya juga sukakan kucing, Saya tidak pernah menghalang keluarga saya menzahirkan kasih sayang kepada kucing,.
 
Cuma apabila berada di taman perumahan, saya terpaksa "keraskan" diri daripada terlalu "simpati" kepada kucing. Saya tak bela kucing, bahkan apabila ada kucing yang datang untuk mencari makan di rumah saya, saya tidak akan memberi mereka makan.
 
Kejam bukan? Tentu ada yang berfikir saya ini kejam dan tak berhati perut. Tetapi sebenarnya kucing ialah binatang yang boleh mencari makanan sendiri sekiranya berada di persekitaran liar. 
 
Mereka boleh memakan burung, katak, sisa makanan dalam tong sampah dan sebagainya. Mereka boleh hidup tanpa Whiskas, Friskies dan daging mentah segera. 
 
Kucing apabila tahu bahawa seseorang atau penghuni rumah memberinya makanan , dia akan terus berlegar atau tinggal di situ. Mereka akan kencing , menanda kawasan, membuang najis dan menyepahkan tong sampah di kawasan rumah tersebut. 
 
Sebab itu , apabila saya membeli rumah di taman, saya akan pastikan bahawa jiran tetangga saya tidak akan terganggu dengan apa-apa yang kurang menyenangkan daripada pihak saya sendiri termasuklah daripada bau najis kucing. Saya bimbang dengan amaran yang dikeluarkan oleh nabi berkenaan menyakiti jiran.
 
Ù„َا ÙŠَدْØ®ُÙ„ُ الْجَÙ†َّØ©َ Ù…َÙ†ْ Ù„َا ÙŠَØ£ْÙ…َÙ†ُ جَارُÙ‡ُ بَÙˆَائِÙ‚َÙ‡ُ
 
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” 
 
[Riwayat Muslim (73)]
 
Petang ini saya terpaksa membasuh halaman depan rumah saya akibat diberaki oleh kucing . Saya tak pasti kucing yang mana, tetapi saya harap kucing itu tidak menjadikan rumah saya atau saya sebagai tuannya. Bimbang pula saya berada dalam kategori jiran yang dilaknat Nabi Muhammad S.A.W.
 
Pada pandangan saya tak salah untuk membela kucing mahupun apa jua haiwan peliharaan di taman perumahan. Cuma apabila kita membela haiwan tersebut, pastikan kita benar-benar menjaga haiwan tersebut daripada mengganggu hak dan kerukunan antara jiran tetangga. Pastikan kita menyediakan tempat buang najis (bekas pasir) , sangkar dan tidak melepaskan kucing peliharaan merata-rata. 

Jika kucing kita adalah jantan yang terlalu kerap kencing (menanda kawasan) dan mengawan, mungkin boleh dipertimbangkan untuk kaedah kasi. Kaedah tersebut bukan sahaja dapat mengelakkan kucing jantan daripada terlalu "liar", bahkan ia juga dikatakan dapat mengelakkan kutu.
 
Rumah saya di Kelantan halaman rumahnya mampu dibina 4 buah rumah daripada keluasan rumah yang saya duduki sekarang di Sabak Bernam. Jadi nak pelihara banyak mana kucing pun tidak ada masalah. Cuma kita yang sakit kepala asyik terpijak dan bau najis kucing. 
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)