Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 (JKBFR5) telah menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Kontraktor Yang Mengabaikan Keselamatan Pengguna Jalan Persekutuan FR5. Memorandum bantahan ini telah diserahkan oleh Saudara Ahmad Zhafri Md Noor , Pengerusi JKBFR5 kepada YB Tuan Haji Anuar Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya pada hari ini (20 Februari 2019) di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.