SUMBANGAN KOTAK MAKANAN KEPADA PESAKIT KUARANTIN

0

Sekretariat NGO Sungai Besar pada hari ini menghantar kotak makanan ke rumah -rumah pesakit yang dikuarantin di Sekinchan sehinggalah di Parit 16 Sungai Panjang. Kami bergerak membentuk 3 kumpulan berasingan untuk memaksimumkan jumlah penerima sumbangan kotak makanan. Terima kasih kepada Encik Shairun Nadzri dan Wak Herman daripada Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PeRKOPP) dan Skuad SURI yang diketuai oleh Kak Mazni Shah dan Shahrul Azmi Hussin yang sudi bersama-sama Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menghantar kotak makanan asas kepada mereka yang diuji ini.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan amal baik kalian dalam meringankan beban mereka yang terjejas dengan pandemik COVID 19 ini. Insyaallah kami akan terus bergerak menyantuni mereka yang memerlukan di Sabak Bernam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada NGO Dana Kita kerana sudi menyumbangkan kotak makanan kepada kami untuk kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah kerjasama antara NGO ini mampu memberikan kesan yang positif kepada masyarakat tempatan terutama dalam meneruskan gerak kerja bersama.
 





















 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)