PERSATUAN KOMUNITI PASIR PANJANG (PeRKOPP) TERUS MELAJU

0

Pada hari ini aktivis-aktivis daripada Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PeRKOPP) yang diketuai oleh Saudara Shairun Nadzri mengadakan ziarah dan menyampaikan sumbangan kotak makanan Dana Kita kepada individu dan keluarga yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.Mereka ini boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengadakan ziarah kepada mereka yang sakit dan terlantar uzur terutama di Pasir Panjang. Alhamdulillah. Semoga Allah mengurniakan kami sifat istiqamah dalam usaha ini.
 
Untuk pengetahuan semua, NGO PeRKOPP merupakan NGO yang baru disahkan penubuhanmya pada awal tahun ini , namun gerak kerja kebajikan dan kesukarelawan mereka telah bermula semenjak beberapa tahun lalu. Mereka sering bersama-sama Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar turun ke lapangan dan menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan. 
 
Mereka kami anggap sebahagian daripada keluarga dalam perjuangan ini. Insyaallah kita akan sama-sama menggerakkan agenda menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menggunakan platform NGO. Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk menggerakkan projek kebajikan kami. Insyaallah.
 





 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)