Posttraumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan tekanan pasca trauma

0

 

SITUASI

Kamal adalah seorang lelaki berusia 27 tahun yang baru-baru ini berpindah semula bersama ibu bapanya selepas tunangnya dibunuh oleh pemandu mabuk 3 bulan yang lalu. Tunangnya, seorang wanita muda yang cantik dia telah berkenalan selama 4 tahun yang lalu. Pada suatu hari mereka telah berjalan di persimpangan jalan yang sibuk untuk bertemu dan makan tengah hari. Dia masih mengingati tempat kejadian ngeri seorang pemandu mabuk yang melanggar lampu merah lalu melanggar tunangnya di depan matanya. 

Dia berlari dan mendapatkan tunangnya yang telah terbaring dengan badan berdarah dan beliau meninggal dunia di ribaannya di tengah-tengah “crosswalk”. Dia cuba untuk melupakan peristiwa tersebut, tetapi sering mendapati dirinya mewakili seluruh kejadian malang itu seolah-olah ia berlaku dalam kehidupannya.

Sejak kemalangan itu, Kamal telah dibelenggu dengan mimpi buruk tentang kemalangan hampir setiap malam. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana pejabatnya terletak di bangunan bersebelahan dengan kafe kecil di mana beliau telah bertemu tunangnya untuk makan tengah hari dan meninggal dunia. 

Beberapa kali dia cuba untuk kembali bekerja tetapi tidak tertanggung olehnya. Biasanya Kamal adalah seorang yang periang dan “happy go lucky” telah berubah menjadi semakin "gelisah", dan cepat marah sejak kematian tunangnya itu. Dia berhenti bekerja, bermain gitar, atau bermain bola keranjang dengan rakan-rakannya sebagaimana yang beliau pernah dilakukan sebelum ini. Ibu bapanya bimbang tentang bagaimana untuk mengetahui emosi yang dihadapi oleh anaknya .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYAKIT MENTAL DAN KAEDAH RAWATAN 

A) PENYAKIT MENTAL YANG DIHADAPI OLEH KAMAL

Kamal telah menghidap penyakit Posttraumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan tekanan pasca trauma iaitu sejenis gangguan psikiatrik yang berlaku kepada seseorang yang pernah menghadapi atau menyaksikan kejadian yang membuatkannya trauma seperti bencana alam, kemalangan ngeri, tindakan pengganas, peperangan, atau rogol atau diugut dengan kematian , keganasan seksual dan juga kecederaan parah.  Menurut White , Pearce , Morrison , Dunstan , Bisson , Fone (2015) Posttraumatic stress disorder (PTSD)  ialah fenomena klinikal yang diiktiraf yang selalunya berlaku akibat daripada tekanan yang berat seperti peperangan, bencana alam dan perkara-perkara yang lain.  

B) PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT MENTAL

Punca Kamal menghidap penyakit Posttraumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan tekanan pasca trauma ini ialah disebabkan oleh kematian tunangnya yang sangat dia kasihi di atas ribaannya. Kematian tunangnya yang sangat tragik iaitu akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang melanggar lampu isyarat telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri Kamal. Tambahan pula kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan untuk makan tengahari bersama-sama. Waktu yang sepatutnya dinikmati indah dan bahagia bersama-sama tunangnya itu bertukar menjadi tragedi yang mengubah hidup Kamal.

C) SIMPTOM PENYAKIT MENTAL

1) Kamal mengalami mimpi buruk tentang kemalangan itu setiap malam

2) Tidak mampu berada atau melihat ke tempat berlakunya peristiwa tragik. Kamal berhenti kerja di pejabatnya itu disebabkan pejabatnya terletak bersebelahan dengan kafe kecil yang menjadi tempat pertemuannya.

3) Kamal berubah sikap daripada happy go lucky dan periang kepada gelisah dan cepat marah

4) Kamal berhenti melakukan aktiviti yang digemari seperti bermain bola keranjang dan bermain gitar.

5) Kamal lebih gemar menyendiri

 

Menurut American Psychiatric Association (APA) melalui laman web  www.psychiatry.org/ , terdapat 4 simptom utama bagi penyakit Posttraumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan tekanan pasca trauma iaitu :

  1. Pencerobohan : Pemikiran diceroboh oleh perkara yang buruk seperti mimpi yang berulang-ulang, ingatan yang tidak boleh dikawal, mimpi yang menimbulkan dukacita dan sengsara, atau imbas semula terhadap perkara yang menjadi trauma. Proses imbas semula itu dirasakan benar-benar berlaku semula atau berlaku dihadapan mereka.
  2. Penolakan/ pengelakan : menolak untuk mengingati kejadian yang menimbulkan trauma itu termasuklah mengelakkan diri daripada berurusan dengan manusia, atau pergi ke tempat, melakukan aktiviti , melihat objek dan berada dalam situasi yang boleh mengembalikan semula ingatan yang pedih itu. Mereka akan cuba untuk mengelakkan diri mereka daripada mengingati atau memikirkan tentang perkara yang menimbukan trauma tersebut. Mereka mungkin enggan bercakap tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka rasa tentangnya.
  3. Perubahan dalam keupayaan pemikiran dan mood : Penghidap PTSD tidak mampu untuk mengingati aspek penting dalam perkara yang menimbulkan trauma, pemikiran negatif dan perasaan yang membawa kepada kepercayaan yang berterusan dan menyimpang tentang diri sendiri atau orang lain. Contohnnya merasa diri jahat atau orang lain tidak boleh dipercayai. Mereka juga mempunyai pemikiran yang salah tentang punca atau akibat peristiwa yang membawa kepada  menyalahkan diri sendiri atau orang lain; ketakutan, seram, kemarahan, rasa bersalah atau malu yang berterusan.  Penghidap penyakit ini turut tidak lagi berminat untuk melakukan aktiviti yang digemari sebelum ini, merasa terasing daripada orang lain dan tidak mampu mempunyai emosi yang positif.
  4. Perubahan dalam keghairahan dan reaktif  : Penghidap PTSD akan mudah meradang, mengamuk secara tiba-tiba, bersikap terburu-buru hingga merosakkan diri sendiri, terlalu melihat seseorang dengan pandangan syak wasangka, mudah terkejut , atau menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara atau semasa ingin tidur.

D) LANGKAH-LANGKAH RAWATAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH TERAPIS UNTUK MENGURANGKAN PENYAKIT MENTAL TERSEBUT BERDASARKAN TEORI YANG TELAH ANDA PELAJARI

Berdasarkan punca dan juga simptom yang ditunjukkan oleh Kamal , terapis boleh menggunakan kaedah Cognitive Behavioral Therapy (CBT) sebagai satu terapi untuk membantu Kamal sembuh daripada penyakit ini. Menurut American Psychological Association , Cognitive behavioral therapy (CBT) ialah satu bentuk rawatan psikologikal yang menunjukkan keberkesanan kepada banyak permasalahan psikologi termasuk tekanan, kecelaruan keresahan (anxiety disorders), ketagihan alkohol ,masalah penyalahgunaan dadah,  masalah rumahtangga , kecelaruan pemakanan, dan sakit mental yang kronik.

Dalam terapi ini, ahli terapi dan pesakit bersama-sama mengenalpasti, dan memahami permasalahan dalam bentuk perhubungan antara pemikiran, perasaan dan juga sikap. Terapi ini memfokuskan kepada ciri here and now  (di sini dan sekarang). CBT menyasarkan  terus kepada simptom-simptom penyakit  , mengurangkan tekanan, menilai semula pemikiran, dan membantu tindak balas. Terdapat 9 teknik yang biasa digunakan dalam Cognitive Behavioral Theraphy (CBT).

Teknik 1 : Penstrukturan semula kognitif atau pembingkaian semula cara fikir

Dalam teknik ini, Kamal akan ditanya oleh terapis tentang proses pemikiran Kamal di dalam situasi-situasi tertentu bagi mengesan corak pemikiran negatif Kamal. Apabila pemikiran negatif itu dikesan  , Kamal boleh belajar bagaimana untuk menyusun semula pemikiran tersebut supaya lebih positif dan produktif.

Teknik 2 : Penemuan berpandu

Di dalam teknik penemuan berpandu, ahli terapi terapis akan membiasakan diri dengan pandangan Kamal. Kemudian terapis akan bertanyakan soalan-soalan semata-mata untuk mencabar kepercayaan Kamal dan memperluaskan pandangan Kamal. Kamal mungkin akan ditanya apakah bukti yang menyokong pandangannya dan apakah bukti yang tidak menyokong pandangannya. Di dalam proses ini, Kamal akan  belajar untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza, terutama dari perspektif yang tidak pernah difikirkan oleh Kamal sebelum ini. Teknik ini akan membantu Kamal memilih langkah yang lebih membantunya.

Teknik 3 :Terapi pendedahan (Exposure therapy)

Terapi pendedahan ini boleh digunakan untuk menghadapi ketakutan dan fobia. Terapis secara perlahan-lahan mendedahkan kepada Kamal terhadap perkara yang mencetuskan ketakutan atau kebimbangan, pada masa yang sama memberikan bimbingan kepada Kamal bagaimana untuk berhadapan dengan perkara tersebut. Pendedahan ini akan menyebabkan Kamal berasa kurang rapuh dan lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Teknik 4 : Menulis jurnal dan merekodkan pemikiran

Terapis akan meminta Kamal menyenaraikan pemikiran negatif yang berlaku antara sesi, pada masa yang sama menyenaraikan pemikiran positif.

Penulisan ini juga bagi memastikan Kamal dan terapis melihat pemikiran baru dan sikap baru yang diamalkan oleh Kamal semenjak sesi sebelum ini. Dengan kaedah ini, Kamal akan dapat melihat sejauhmana perubahan berlaku kepadanya.

Teknik 5 : Penjadualan aktiviti dan pengaktifan tingkah laku

(Activity scheduling and behavior activation)

Sekiranya terdapat aktiviti yang Kamal cuba elakkan disebabkan ketakutan dan kesedihan, contohnya melawat tempat berlakunya peristiwa tragik tersebut, ataupun melawat pejabat lamanya dahulu , mahupun makan di kafe yang biasa dia dan bekas tunangnya makan dahulu, Kamal mesti tandakan dalam kalendar tarikh bilakah ketakutan itu bermula . Apabila Kamal sudahpun sembuh, Kamal akan kembali melihat tarikh yang pernah dia merasakan ketakutan dan kesedihan itu. Aktiviti penjadualan ini dapat membantu Kamal mengekalkan tabiat baik dan mewujudkan peluang yang baik untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari oleh Kamal semasa sesi terapi berlangsung.

Teknik 6 : Eksperimen perlakuan (Behavioral experiments)

Sebelum melaksanakan tugasan yang membuatkan Kamal bimbang, Kamal diminta untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Kemudian Kamal akan bercakap dengan terapis samaada jangkaan itu benar-benar berlaku.

Semakin lama Kamal mengikuti sesi terapi ini, Kamal akan melihat bahawa apa yang disangkakan sebagai malapetaka itu kemungkinan tidak akan berlaku. Kamal akan bermula daripada kebimbangan yang lebih rendah dan berterusan hingga tugasan yang mencetuskan kebimbangan yang lebih tinggi tahapnya.

Teknik 7 : Perehatan dan teknik mengurangkan tekanan

Di dalam Cognitive Behavioral Therapy (CBT), Kamal akan mempelajari beberapa teknik untuk melegakan daripada tekanan. Contohnya

·        Latihan pernafasan dalam

·        Kelegaan otot

·        Pembayangan (imagery)

Kamal akan belajar kemahiran untuk mengurangkan tekanan dan menambahkan kawalan kendiri. Ia dapat membantu mengawal fobia, kebimbangan sosial dan lain-lain tekanan.

Teknik 8. Main peranan (Role playing)

Aktiviti main peranan dapat membantu Kamal berinteraksi dengan perlakuan-perlakuan yang berpotensi muncul semasa situasi yang sukar. Dengan memainkan senario yang mungkin berlaku, ketakutan dan kesedihan Kamal yang telah dikurangkan dapat :

  • Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Memperolehi kebiasaan dan keyakinan dalam menghadapi situasi-situasi tertentu
  • Melatih kemahiran bersosial Kamal
  • Melatih Kamal untuk lebih bertegas
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Teknik 9. Anggaran berturutan (Successive approximation)

Teknik ini memerlukan  Kamal melakukan tugasan ynag dilihat luar biasa dan pecahkan kepada tugasan-tugasan kecil yang dapat dicapai oleh Kamal. Setiap tugasan kecil yang dicapai oleh Kamal dapat menambahkan keyakinan sedikit demi sedikit.

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)