SEJARAH PEMBINAAN MASJID TEBUK MUFRAD

0

 

 

Papan tanda yang berhias cantik menyambut kehadiran saya ke kampung ini.

Semalam saya sempat berkunjung ke sebuah masjid yang terletak kira-kira 20 km daripada Pekan Sabak iaitu Masjid Tebuk Mufrad.Untuk sampai ke masjid ini, saya perlu masuk melalui Kampung Tebuk Jawa sebelum sampai ke Kampung Tebuk Mufrad. Kehadiran saya ke sini disambut oleh pokok kelapa sawit kira dan kanan jalan . Bilangan rumah pun tak begitu banyak dan padat. Akhirnya setelah melalui jalan kampung sejauh 1 km , akhirnya sampai juga saya ke masjid kampung ini.


Gambar Masjid Tebuk Mufrad yang diambil pada 15 Jun 2024

 

Masjid lama yang tersergam indah ini dibina pada tahun 1932 di sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk yang bernama Haji Ismail. Menurut sumber , keadaan masjid pada hari itu tidak seperti yang ada pada hari ini. Masjid pada waktu itu  amat ringkas menggunakan bahan tempatan yang diperolehi daripada persekitaran kampung. Berbentuk empat persegi dengan dua rabung (bumbung), bertiang kayu leban, berlantai nibong, beratap dan dinding daun nipah.

 

Pada tahun 1932, di tapak masjid sedia ada didirikan binaan baru masjid apabila mendapat tambahan wakaf dari sumbangan orang ramai yang diketuai oleh Kasbi @ Haji Abdul Kadir, menjadikan keluasan tanah wakaf tersebut 2.5 ekar. Pembinaan dilakukan secara bergotong-royong bermula dari penyediaan bahan (tiang, gelegar, papan dinding), kerja-kerja pembinaan dan dekorasinya. Tapak masjid baru diperkukuhkan dengan tanah bakar bercampur tempurung kelapa sebagai foundation.

Sumbangan kewangan atau kutipan derma dari orang ramai sejak awal pembinaan berterusan hingga ke era semasa. Pembinaan masjid termasuk sebuah kolam yang digali untuk mengambil wuduk telah mengambil masa selama beberapa tahun. Masjid baru dibangunkan di bawah penyeliaan 2 orang tukang berwibawa iaitu Haji Abdul Hamid Bin Murtawi @ Mat Ari dan Buniran @ Haji Abdul Fatah Bin Kartomojo. Namun arkitek binaan didatangkan dari Sungai Tengar iaitu Kiyai Tamami dan anak beliau.

Pada tahun 1965 sekali lagi Masjid Tebuk Mufrad mengalami perubahan struktur iaitu separuh dinding bersimen dan tambahan kemudahan sebuah kolah. Kolah masjid dibina dari bahan binaan pasir yang diangkut secara bergotong-royong dari kampung matang yang terletak kira-kira satu batu di sebelah wetan (Timur) masjid. Manakala tanah liat yang menjadi bahan campuran dan gentian simen diperoleh dari kawasan setempat.

 

Gambar-gambar yang telah saya ambil semasa ziarah ke Masjid Tebuk Mufrad tersebut.

Gambar masjid dari sudut sisi

Ruangan kolah dalaman

Ukiran-ukiran menghiasi dinding Masjid Tebuk Mufrad

Menara Tuan Kiayi Haji Khalil bin Haji Abd. Rahim.

Salah satu pintu masuk ke masjid ini.

Ruangan informasi masjid

Penggunaan kayu dan rekabentuk klasik menambahkan kecantikan masjid ini

Mungkin ini ruangan dapur masjid ini.

Ruangan santai atau dapur bagi masjid ini.

Kolah masjid yang sangat bersih airnya dikelilingi kayu-kayu bercorak

Menara Tuan Kiayi Haji Khalil bin Haji Abd. Rahim.



Menara Tuan Kiayi Haji Khalil bin Haji Abd. Rahim.  

Pandangan sisi masjid

Ukiran dinding masjid

Kerantung dan beduk yang wajib ada di setiap surau atau masjid tradisional

Pandangan sisi masjid

Sumber https://masjidtebukmufrad.com/mengenai-masjid/
 

 

 

 

 


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)