LAWATAN KE MUZIUM BERUAS : KERAJAAN BERUAS, MANJUNG DAN GANGGA NEGARA

0

 

Saya dan keluarga saya sempat bergambar kenang-kenangan di sana

Pada 3 Jun 2024 yang lalu, saya berkesempatan membawa keluarga saya Muzium Beruas yang terletak di negeri Perak Darul Ridzwan. Lokasi muzium ini terletak di tengah-tengah Pekan Beruas di mana pekan tersebut merupakan salah sebuah mukim yang berada di bawah pentadbiran daerah Manjung. Kehadiran saya ke Pekan ini seolah-olah mengembalikan kita ke zaman lalu disebabkan banyak bangunan-bangunan dan rumah-rumah lama masih gagah berdiri di sini. Rekabentuk bangunan lama ini masih dikekalkan sehingga kini. 

 

Bahkan Muzium Beruas ini juga merupakan bangunan mahkmah Beruas yang lama pada era penjajahan British. Namun ia kemudiannya ditukar fungsi kepada beberapa jabatan sehinggalah ia dijadikan muzium pada tahun 1995. Menurut lama web Muzium Perak , Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Gangga Negara dan Beruas, iaitu sebuah kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas.

 

 Pelbagai bahan sejarah berupa artifak, gambar, dan barangan lama dipamerkan di muzium ini. Antaranya ialah :

1) Artifak /replika wang tampang timah

2) lembing 

3) meriam cetbang 

4) pasu-pasu bunga yang berusia ratusan tahun 

5) batu bercangkerang 

6) tempayan lama

7) gambar-gambar proses ekskavasi iaitu Projek Penelitian Sejarah Beruas Fasa 1 yang bermula pada 25 November 1991, 

8) gambar serpihan seramik,patung-patung era pra Islam di semenanjung tanah Melayu dan sebagainya. 

 

Pelbagai maklumat juga saya peroleh semasa lawatan ini.  Saya dapat mengetahui asal usul nama "Beruas", kisah kerajaan Manjung, Beruas dan Gangga Negara yang pernah memerintah di sekitar kawasan ini dan pertembungan kerajaan-kerajan tersebut dengan kerajaan luar. Selain dengan penerangan yang diletakkan di bahagian dinding muzim , pihak muzium juga menyediakan sebuah televisyen yang menerangkan tentang kerajaan-kerajaan yang pernah wujud di sekitar Beruas.Tayangan video banyak membantu saya dan keluarga saya memahami topik berkaitan. 

 

Pada pendapat saya, jika anda sekadar ingin mendapat pengetahuan umum berkenaan kerajaan Beruas, kerajaan Manjung dan kerajaan Gangga Negara secara umum, muzium ini sesuai untuk anda bawa bersama seisi keluarga. Namun jika anda memerlukan bahan untuk kajian anda, saya rasa bahan yang dipamerkan sangat terhad. Saya sebenarnya sedikit terkilan dan kecewa kerana bahan berkenaan kerajaan Gangga Negara sangat sedikit dipamerkan di sini sedangkan itulah yang menarik minat saya ke muzium ini. 



Waktu lawatan : 

  Isnin - Ahad :
10.00 pagi hingga 5.00 petang

Jumaat :
10.00 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 5.00 petang


Bayaran masuk :

Percuma 

 

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil sebagai kenang-kenangan berada di sana :

Deretan gambar-gambar yang memaparkan penemuan dan artifak

Pembesar suara yang lama

Wang tampang timah

Sauh kapal dan dulang lama

Pandangan dari sisi tepi stadium

Gambar Batu Nisan Puteri Bunian. Tiada maklumat lanjut diberikan

Duit tampang timah

Gambar ekskavasi pada tahun 1991

Saya turut tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebanyak-banyaknya kerana tiada larangan mengambil gambar dikenakan.

Melihat pasu tembikar lama dan alatan tradisional


Sudut gamar


Antara paparan dokumentari televisyen

Gambar yang dikatakan sebagai kerajaan Gangga Negara



Lembing lama

Maklumat pun tak detail sangat.

Gambar ekskavasi pada tahun 1991

Sudut pameran meriam cetbang


Gambar artifak


Gambar artifak



Gambar serpihan seramik

Gambar serpihan seramik



Bekas makanan lama












































 











































































Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)