Masjid As-Sharif dari pandangan hadapan tercatat nombor 1966 iaitu tahun dimana masjid ini disiapkan
Pada hari ini saya sekeluarga singgah solat Asar di Masjid As-Sharif, Padang Gajah ,Trong Perak . Inilah kali pertama saya singgah di sini dalam permusafiran saya menuju ke Kulim, Kedah menziarahi nenek saya di sana. Masjid ini kondisinya terjaga dan bersih. Tandas pun bersih dan wangi dan seluruh ruang solat mempunyai karpet yang bersih.
Menurut laman facebook Padang Gajah , Masjid As-Syarif Padang Gajah telah dibina pada 20 Ogos 1958. Pada asalnya dibina secara bergotong royong di tepi sungai berdekatan dengan Jambatan Sungai Padang Gajah, kira-kira 80 meter dari kedudukan masjid yang ada sekarang.
Keluasan bangunan asal lebih kurang 20x18 kaki. Semasa awal pembinaannya telah diurus tadbir oleh beberapa orang hartawan serta dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung ketika itu.
Kos pembinaan bangunan asal ialah sekitar RM 40, 200 sepertimana yang dinyatakan dalam plak asal masjid iaitu RM20,100 daripada kutipan wakaf orang ramai dan RM 20,100 daripada peruntukan jabatan agama islam. Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1966.
Turut dinyatakan dalam plak tersebut beberapa nama pemegang amanah bagi masjid ini iaitu :
1) Haji Abdullah Karim bin Duaya
2) Haji Mohd Hashim bin Abd Hamid
3) Ahmad bin Abu Bakar
4) Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim.
Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Musa Ibn Almarhum Abdul Aziz (Raja Muda Perak) pada tahun 1966. Sebab itulah nombor 1966 terpahat pada bahagian depan masjid ini. Masjid Padang Gajah pula diberi nama "Masjid As-Sharif" pada tahun 1970-an sempena nama salah seorang pegawai masjid yang paling lama bertugas ketika itu, iaitu Tuan Haji Shariff bin Said (Tok Wan Sharif) .
Begitulah serba sedikit sejarah yang ada berkenaan masjid ini. Kredit kepada Laman Facebook Padang Gajah atas gambar-gambar lama.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa saya berada di masjid tersebut.
Suasana di dewan solat utama masjid |
Plak asal masjid yang memaparkan tarikh bermulanya pembinaan masjid dan juga JK awal masjid |
Pintu masjid |
Pemandangan masjid dari luar |
Batu penanda masjid |
Gambar lama masjid. Tahun tidak diketahui. |
Pintu gerbang masjid |
Tingkap masjid |
Gambar lama masjid. Tahun tidak dapat dipastikan. |
Gambar lama ruang solat utama |
Gambar dari sudut tepi masjid |