MASJID AL JABARIAH, LAMBOR KANAN PERAK

0

 


Pada 25 April 2023 yang lepas, iaitu pada 3 Syawal yang lalu, saya dan keluarga sempat singgah dan solat di sebuah masjid yang tersergam indah di tepi jalan. Kami dalam perjalanan daripada Kelantan ke Sabak Bernam pada waktu itu. Persinggahan kami pada kali ini ialah di Masjid Al-Jabariah, Lambor Kanan ,Lambor Kiri Perak. Kedudukan masjid yang strategik di tepi jalan utama dan warna masjid yang begitu menyerlah menjadi sebab para musafir ramai yang singgah ke sini. 

Beberapa maklumat yang saya peroleh tentang Masjid Al Jabariah daripada internet :

-Masjid asal kampong ini telah didirikan di penempatan penduduk di tepi sungai Perak ketika aktiviti penduduk masih menggunakan pengangkutan air sebagai perhubungan antara penduduk di sepanjang sungai Perak.

-Jumlah penduduk yang bertambah dan pembinaan jalanraya baru merentasi kampong Lambor Kiri, satu cadangan membina masjid yang baru telah dicadangkan berhampiran jalanraya untuk kemudahan penduduk.

-Pembinaan sebuah masjid baru telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh waris Penghulu Jabar dan siap dibina sekitar tahun 1965. Masjid ini digunakan untuk kemudahan 4 buah kampong iaitu Kampung Lambor Kiri, Kampung Baru Lambor Kiri, Kampung Pulau dan Kampung Teluk Sena. Masjid ini telah dicadangkan dengan nama Masjid AI-Jabariah oleh penduduk sempena mengambil nama Penghulu Jabar yang telah berkhimat sebagai Penghulu Mukim Lambor dan menyumbang tanah yang diwakafkan untuk pembinaan masjid ini.

-Masjid ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1966 dan beberapa kali dinaiktaraf untuk keselesaan penduduk. Pada 2011 masjid ini telah dibangunkan dengan struktur asas bangunan diperluaskan untuk menampung jumlah khariah yang semakin bertambah.

-Masjid ini agak strategik kerana berhampiran dengan jalanraya dan mempunyai dataran ligat yang luas untuk meletakkan kenderaan berat seperti lori dan bas menjadikan masjid ini sebagai perhentian untuk solat mempunyai landskap sawah padi dipersekitarannya. 

 

Gambar masjid dari pintu pagar

Gambar masjid dari bahagian depan

Kerantong atau ketuk-ketuk yang menjadi sebahagian daripada identiti masjid atau surau lama

Menara berwarna keemasan berdiri gagah

Sederhana tapi tetap ceria

Nombor yang boleh dihubungi


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)