ISU PEMINDAHAN IBU DAERAH SABAK BERNAM DARI PEKAN SABAK KE PEKAN SUNGAI BESAR

0

  




 


 

Hujjah menyetujui ibu Sabak Bernam di-pindah ka- Sungai Besar 

 
Kuala Lumpur . TIDAK berapa lama dulu telah tersiar khabar2 angin yang menyatakan bahawa Ibu Daerah Sabak Bernam akan di-pindahkan dari Pekan Sabak Bernam ka- Pekan Sungai Besar. Tetapi menurut khabar2 angin beberapa orang yang berpengaroh di -daerah ini, termasoklah beberapa orang wakil ra'ayat , tidak menyetujui ibu daerah Sabak Bernam itu di-pindahkan dari tempat-nya yang sekarang ini.
 
Menurut sumber yang boleh diperchayai, beberapa orang kenamaan yang disebutkan itu akan memimpin satu tunjok perasaan sa-bagai membantah kalau sa-kira-nya ibu daerah Sabak Bernam itu di-pindahkan juga ka-Sungai Besar. 
 
Saya berpendapat sangat-lah sesuai jika ibu daerah Sabak Bernam itu dapat dipindahkan ka-Sungai Besar, sebab2-nya ia-lah : 
 
1) Pekan Sungai Besar letak-nya agak di-tengah2 daerah ini
 
2) Pekan Sabak Bernam letak-nya di-pinggir Sungai Bernam ,yang selalu benar banjir. sedang Pekan Sungai Besar tidak pula demikian.
 
3) Pekan Sungai Besar letak-nya di-tengah2 jalan antara Sabak Bernam dnegan Tanjong Karang. Kedudokannya ini tentu-lah lebeh baik dari kedudokan Sabak Bernam yang letak-nya di -tepi sungai yang jadi sempadan di-antara negeri Perak dengan negeri Selangor. 
 
4) Kedua2 pekan ini boleh di-katakan sama besar sahaja 
 
5) Daerah "pedalaman" pekan Sungai Besar yang kaya dengan hasil padi lebeh menarik dari daerah pedalaman pekan Sabak Bernam yang hasil-nya terpenting chuma kelapa sahaja.
 
6) Pekan Sungai Besar mempunyai kemungkinan akan menjadi pekan yang lebeh besar dan lebeh maju, sedang Pekan Sabak Bernam yang sa-lama ini sudah menjadi ibu daerah Sabak Bernam napaknya demikian .
 
Jadi dengan alasan2 yang saya sebutkan di-atas ini, saya berpendapat memang bersesuailah dan kena pula pada tempat-nya yang pekan Sungai Besar di-jadikan ibu daerah Sabak Bernam.
 
Dipetik darpada Berita Harian 19 November 1964
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)