Saya semasa menemubual anak dan menantu Pak Cik Daud, pesakit yang menghidap penyakit kanser usus tahap 4 |
Petang tadi menghantar katil hospital wakaf Peduli Sungai Besar ke Parit 1 Barat , Sabak Bernam Selangor. Pesakitnya merupakan pesara jabatan berkanun yang berusia 60 tahun yang kini menderita penyakit kanser usus tahap 4. Beliau merupakan seorang pesara yang bersara beberapa tahun yang lalu. Beliau dijaga oleh isteri dan anaknya di sini. Beliau kini bergantung sepenuhnya bantuan untuk bergerak dan menguruskan dirinya. Semasa kami menghantar katil ke rumahnya tadi, pesakit tidak berada di rumah. Kami mendoakan semoga pak cik Daud diberikan kesembuhan dan diberikan kemudahan kepada keluarga untuk menguruskannya. Amin ya rabbal alamin.
*********************************************
Peduli Sungai Besar menerima apa-apa sumbangan kelengkapan pesakit yang baru mahupun yang terpakai untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan pesakit yang dimaksudkan ialah:
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tilam udara
4) tongkat
5) lampin dewasa
6) susu dewasa (belum dibuka dan belum tarikh luput)
7) dan lain-lain keperluan .
Selain itu, kami juga menerima sumbangan keperluan harian seperti :
1) Pek Makanan
2) barangan makanan
3) lampin bayi
4) pakaian baru dan terpakai
5) basikal dan mainan baru terpakai
6) dan lain-lain sumbangan
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti skala kecil yang kami jalankan bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Sekiranya tuan puan ingin menyumbang, silalah menyumbang ke akaun berikut :
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Catatan : infaq
Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357.