Setiap kali ada permohonan katil , kami akan menyiasat dahulu keadaan pesakit samaada melalui WhatsApp mahupun menziarahi terus ke rumah. Selepas itu kami akan menetapkan tarikh dan waktu penghantaran katil ke rumah penerima katil. Kami menyediakan perkhidmatan penggunaan katil dan penghantaran katil secara PERCUMA , tanpa sebarang tempoh, atau tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada penerima katil.
Setelah pesakit kembali sihat, atau katil itu tidak lagi digunakan , kami akan kembali ke rumah pesakit untuk mengambil semula katil wakaf tersebut. Katil ini kemudiannya akan dibasuh atau disanitasi sebelum diserahkan kepada penerima yang lain.
Alhamdulillah. Semoga pahala wakaf berterusan mengalir kepada para pewakaf yang mewakafkan katil kepada Peduli Sungai Besar . Setakat hari ini, Peduli Sungai Besar telah mempunyai lebih daripada 30 buah katil hospital wakaf yang digunakan oleh mereka yang memerlukan di sekitar Tanjong Karang hinggalah ke Sabak Bernam. Projek ini bermula pada tahun 2020 ini telahpun membawa manfaat kepada ramai pesakit yang memerlukan.
*********************************************
Peduli Sungai Besar menerima apa-apa sumbangan kelengkapan pesakit yang baru mahupun yang terpakai untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan pesakit yang dimaksudkan ialah:
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tilam udara
4) tongkat
5) lampin dewasa
6) susu dewasa (belum dibuka dan belum tarikh luput)
7) dan lain-lain keperluan .
Selain itu, kami juga menerima sumbangan keperluan harian seperti :
1) Pek Makanan
2) barangan makanan
3) lampin bayi
4) pakaian baru dan terpakai
5) basikal dan mainan baru terpakai
6) dan lain-lain sumbangan
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti skala kecil yang kami jalankan bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Sekiranya tuan puan ingin menyumbang, silalah menyumbang ke akaun berikut :
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Catatan : infaq
Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357.