------------------------------------------------------------------------
Daerah Sabak Bernam
Bila Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Selangor pada hari ini memashhorkan Sabak Bernam sa-bagai sa-buah daerah, maka berhasil-lah chita2 ra'ayat daerah itu untok mendapatkan taraf yang lebeh tinggi bagi daerah mereka , yang oleh mereka telah di-perjuangkan bertahun2 lama-nya. Di-buka sa-bagai sa-buah kampong kechil pada tahun 1893, Sabak Bernam sekarang (1960-pen) mempunyai pendudok sa-ramai 60,000 orang dengan hasil padi dan kelapa-nya bertambah ma'amor tahun demi tahun.
Pada tahun 1959, hasil kerajaan untok daerah itu berjumlah $500,000. Majlis Negeri Selangor dalam sidang-nya pada 26 October tahun lalu telah meluluskan rayuan pendudok2 Sabak Bernam untok mempertinggi taraf daerah kechil itu sa-bagai sa-buah daerah. Sabak Bernam telah di-tadbirkkan sa-lama lebih 50 tahun daripada Kuala Selangor, tetapi kemajuan-nya sa-lama ini telah meningkat bagitu rupa hingga tidak mungkin untok pengawasan itu di-lakukan sa-chara lanchar dan kemas, melainkan dengan daerah itu mempunyai sendiri Pejabat Daerah dan pegawai daerah-nya sendiri. Sabak Bernam mempunyai pusat perbekalan elektrik-nya sendiri dan pusat perbekalan ayer-nya sendiri, satu kemudahan yang tidak umum pada tempat2 lain sa-umpama-nya.
Maka sekarang dengan Sabak Bernam merupakan daerah ketujoh untok Negeri Selangor, dapat-lah ra'ayat-nya mengator penghidupan-nya sendiri sesuai dengan ranchangan pembangunan di-negeri ini. Dengan hasil-nya yang mewah dapat-lah kelak daerah itu meluaskan kemudahan2 hidup pendudok-nya di masa hadapan .
Satu sebab maka kerajaan sa-lama ini keberatan memenohi rayuan pendudok2 daerah itu, yang semenjak tahun 1955 dahulu meminta supaya taraf daerah itu di-jadikan taraf daerah, ia-lah hasil Sabak Bernam tidak menchukupi untok membiayai diri-nya sendiri. Tetapi kema'moran Sabak Bernam, menurut sa-orang penulis, terbukti dari ramai-nya orang2 Melayu daerah itu,yang sa-tiap tahun mampu menunaikan fardhu haji ka- Mekah!
Dipetik daripada Berita Harian , 1 Julai 1960.