Khabarnya ada orang yang menemui wang syiling lama ini di Tanjong Karang. Jika wang syiling lama ini terdapat di Tanjong Karang, tak mustahil khazanah seperti ini ada juga di Sabak Bernam kerana Sabak Bernam pernah menjadi laluan kapal-kapal dagang suatu ketika dahulu melalui Sungai Bernam. Sayangnya, kita tidak pernah menemui khazanah seperti ini ditayangkan kepada pihak umum sedangkan di Sabak Bernam terdapat beberapa "port" yang memungkinkan kita menemuinya.
Contohnya di Lubok Pusing yang pernah suatu ketika dahulu pernah menjadi laluan kapal perdagangan . Mungkin pihak berkuasa tempatan , Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Perbadanan Muzium atau para pengkaji sejarah boleh memfokuskan kepada usaha mencari, mengkaji dan mengangkat Sejarah Sabak Bernam ke tahap yang sepatutnya.
Kredit : I love Tanjong Karang