Penubuhan
Sekolah Sejarah pembukaan Sekolah Kebangsaan Simpang 4 Bagan Nakhoda
Omar (BNO) bermula pada tahun 1930an. Pada ketika itu murid-murid
belajar di sebelah perkarangan Masjid Kampung Simpang Empat kerana masih
belum lagi mempunyai bangunannya sendiri. Guru yang mula-mula mengajar
mereka adalah seorang 'Guru Rakyat' yang dikenali dengan nama Cikgu Yah.
Murid-murid belajar dengan duduk di atas lantai papan dan menggunakan
'KALAM' untuk menulis di atas 'Papan Batu'. Cikgu Yah diberi bayaran
saguhati, hasil kutipan derma dari penduduk kampung pada waktu itu. Pada
tahun 1951, atas daya usaha orang kampung, maka terbina lah sebuah
bangunan yang bernilai RM2.023.80 pada ketika itu.
Guru Besar
Pihak
kerajaan telah menghantar seorang Guru Besar yang pertama dan seorang
guru pelatih ke sekolah tersebut. Beliau berasal dari Beranang, Selangor
dan dikenali dengan nama Encik Abu Bakar bin Ujang. Pada tahun 1959,
bangunan sekolah yang dibina oleh penduduk kampung telah runtuh. Pada
tahun yang sama (1959), pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan
baru mengandungi tiga bilik darjah, dua rumah guru dan sebuah Mess
(rumah panjang) yang mengandungi empat buah bilik. Bangunan baru telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada bulan Disember tahun
1962, pihak kerajaan telah menambah dua buah bilik darjah lagi yang
menjadikan kesemuanya berjumlah lima buah. Keluasan bilik darjah berikut
adalah 30' x 30' persegi manakala keluasan sekolah adalah 30' x 150'
persegi. Pada tahun 1964, sekolah ini telah mempunyai seorang siak dan
juga seorang tukang kebun. Tukang Kebun yang pertama ialah Encik
Shamsuddin bin Hamid. Pada tahun 1967, sebuah kantin telah didirikan
oleh pihak JKR Sabak Bernam dan mula digunakan pada 1hb Februari 1968
(di kawasan sekolah lama). Pada tahun 1975 pula sebuah bangunan sekolah
dua tingkat telah dibina oleh kerajaan. Ia mengandungi sebuah pejabat,
tiga buah bilik darjah, sebuah dewan, sebuah stor dan tandas untuk
kegunaan guru-guru dan murid-murid. Pada tahun 1978, sebuah lagi kantin
telah dibina oleh kerajaan berdekatan dengan bangunan dua tingkat
sekolah baru.
Kelengkapan
Empat
Cabang Bagaimanakah nama Simpang Empat itu diperolehi? Simpang Empat
adalah merupakan satu tempat penting di mana ia dapat menghubungkan ke
beberapa kampung dan tempat-tempat lain yang berhampiran. Oleh kerana
jalan tersebut mempunyai empat cabang, maka wujudlah nama 'Simpang
Empat' sehingga kini. Empat cabang jalan itu menuju ke tempat-tempat
seperti berikut : 1. Simpang yang pertama menuju ke arah barat.
Kampung-kampung yang terletak di kawasan ini ialah Kg. Teluk Rhu, Kg.
Sg. Apong dan Kg. Parit Baharu. 2. Simpang yang kedua menuju ke arah
utara. Simpang ini menghubungkan Kg. Sg. Air Tawar dan Kg. Sungai
Tengar. 3. Simpang yang ketiga boleh menghubungkan pekan Sabak Bernam,
pekan Sungai Besar dan lain-lain tempat. 4. Simpang yang keempat pula
menghala ke Bagan iaitu kawasan perkampungan nelayan Cina dan Melayu dan
juga pantai BNO.
Rujukan : http://sksimpang4bno.blogspot.com/2016/08/sejarah-sekolah.html