Sehingga tahun 1900, daerah ini diletakkan di bawah pentadbiran daerah Kuala Selangor.
Ketika itu PDSB diselia oleh Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya yang bertugas dalam Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta wakil kepada Sultan Selangor.
Diisytiharkan secara rasmi oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1 Julai 1960.
Pada peringkat awal pentadbiran, ia ditempatkan di Pekan Sabak Bernam dan telah dipindahkan ke Pekan Sungai Besar pada 21 April 1975.