26 Jun 2021
SUNGAI BESAR - Penduduk di tiga kampung di Parit 9,10 dan 11 Gambut di sini mendakwa terpaksa makan dalam kelambu bagi mengelakkan dihurung lalat yang menyerang kediaman mereka sejak 10 tahun lalu.
Malah rata-rata penduduk juga mendakwa serangan lalat itu berpunca dari ladang ternakan ayam berhampiran.Penduduk di Kampung Parit 9 1/2 Gambut, Masrol Imam, 39, berkata, jumlah lalat semakin bertambah setiap hari terutama pada waktu puncak ketika ayam dibawa keluar dari reban.
Menurutnya, keadaan itu sangat mengganggu rutin harian mereka sekeluarga.
Bayangkan ketika sambutan Aidilfitri lalu, kami sekeluarga terpaksa menikmati nasi impit dan rendang di dalam kelambu kerana rumah dipenuhi lalat.
Keadaan ini bukan saja berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri lalu, tetapi berlarutan hingga ke hari ini, katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.Masrol berkata, bagi mengurangkan serangan lalat, dia terpaksa mengeluarkan kos untuk membeli kertas pelekat lalat tiga kali seminggu.Kertas pelekat lalat pun sudah naik harga, kalau dulu RM3 untuk 10 helai kertas, sekarang naik kepada RM5, katanya.
Bain Awi, 57, dari Kampung Parit 10 Gambut pula berkata, pintu dan tingkap rumahnya terpaksa ditutup setiap hari bagi mengurangkan kehadiran lalat.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak dapat membantu sepenuhnya kerana lalat terlalu banyak.
Paling merimaskan apabila isteri masak di dapur, lalat mula berkerumun hingga kami terpaksa memasukkan makanan di dalam bekas bertutup.
Saya juga simpati melihat dua anak berusia 17 hingga 19 tahun yang membuat ulang kaji pelajaran turut dihurung lalat hingga berasa tidak selesa, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar (PPRSB), Ahmad Zhafri Md Noor berkata, masalah serangan lalat di kawasan kampung itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah berlarutan sejak bertahun lamanya.
Menurut beliau, ramai penduduk di kampung membuat aduan tentang masalah terbabit dan berharap ada jalan penyelesaian.
Kita berharap pemilik ladang ayam ambil peduli aduan ini dan janganlah biarkan penduduk terus menanggung derita, katanya.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit 9 dan 10 Gambut, Mohamad Zambri Jamil pula berkata, masalah itu sudah dibawa kepada Jabatan Veterinar dan agensi berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian.Saya sendiri telah menghantar surat mengenai keresahan penduduk kepada pihak berkaitan bagi mengatasi masalah ini, katanya.
Katanya, penduduk tidak menghalang ternakan ayam di kawasan itu tetapi pemilik ladang mesti mematuhi syarat pengendalian yang ditetapkan.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai aduan penduduk itu daripada Jabatan Veterinar dalam waktu terdekat