Dalam perjalanan pulang dari Pekan Jelawat menuju ke arah Pantai Melawi , Bachok, terdapat sebuah masjid yang menarik perhatian saya . Masjid ini dinamakan Masjid Mukim Kuala Melawi. Masjid Mukim Kuala Melawi terletak di Kampung Ummi, 16300 Bachok, Kelantan
Menurut seorang penduduk di sini, masjid ini telah beberapa kali mengalami perubahan dan struktur asal yang diperbuat daripada kayu telahpun tiada .
Struktur yang ada sekarang dibuat secara beransur-ansur di mana struktur utama masjid dibina pada tahun 1996. Apa yang menarik bagi masjid ini ialah terdapat sebuah bangunan yang mempunyai struktur bangunan lama samaada istana silam mahupun masjid lama. Di ukiran tingkap struktur lama tersebut tercatat tahun ia dibuat iaitu 1333 Hijrah bersamaan 1913 masihi.
Di bahagian tingkap atas ni tercatat tarikh 1333 hijrah bersamaan 1913 masihi. Tulisan yang lain saya tak dapat kenalpasti.
Gambar-gambar lain bahagian masjid :