![]() |
Pemandangan Masjid Jamek Al Marbawi dari bahagian hadapan. |
Semasa dalam perjalanan dari Kelantan ke Sabak Bernam, saya sekeluarga ditakdirkan untuk singgah ke sebuah masjid yang tidak dirancangkan. Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Jamek Al Marbawi yang letaknya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Perak.
Rupa-rupanya di belakang masjid ini terletak Tanah Perkuburan Islam Lubuk Merbau yang menempatkan makam pengarang Qamus Al Marbawi dan Bahrul Mazi iaitu Syeikh Mohamed Idris Al Marbawi . Disebabkan ketibaan saya agak lewat iaitu pukul 6.30 petang, dan saya pun agak mengejar waktu, saya terpaksa lupakan hasrat untuk ke makam almarhum. Insyaallah lain kali boleh ziarah nanti.
Saya sempat menjengah masuk ke ruangan solat masjid yang dibina pada tahun 1961 ini dan mengambil gambar plat perasmian masjid asal (1961), plat perasmian masjid tambahan (1986), sejarah hidup Syeikh Al Marbawi, gambar asal masjid (hitam putih), gambar makam syeikh dan mimbar asal masjid . 27 Disember 2023 ini ada program khas sempena ulangtahun ke 90 penerbitan kitab Bahrul Mazi di masjid ini. Sesiapa yang berkelapangan boleh hadir ke sini nanti.
Beberapa gambar sempat saya rakamkan sepanjang saya berada di sana.
![]() |
Penunjuk arah menuju ke pusara almarhum Syeikh Al Marbawi |
![]() |
Banner iklan bagi Majlis Apresiasi Ulang Tahun ke 90 Penerbitan Kitab Bahrul Mazi |
![]() |
Logo Masjid Jamek Al Marbawi |
![]() |
Papan tanda sejarah pengubahsuaian masjid pada tahun 1986. |
![]() |
Sejarah hidup Syeikh AlMarbawi yang dibingkaikan dan ditelakkan di bahagian ruang belakang solat |
![]() |
Mimbar asal masjid |
![]() |
Sejarah mimbar |
![]() |
Papan tanda peringatan pembinaan masjid pada tahun 1961 |
![]() |
Gambar yang memaparkan makam Syeikh AlMarbawi. Saya tidak sempat singgah ke makam ini disebabkan kekangan waktu. |
![]() |
Gambar asal Masjid Jamek Al- Marbawi |
![]() |
Pandangan sisi Masjid Jamek Al Marbawi |