MENIZARAHI GALERI PADI , SEKINCAN

0

 

Pada hari ini, saya membawa anak-anak saya ke Paddy Gallery yang letaknya di Sekinchan, daerah Sabak Bernam. Sebenarnya sudah lama saya menanam hasrat untuk membawa anak-anak ke sini. Namun disebabkan kesibukan yang ada, terpaksa melupakan hasrat ini seketika. Alhamdulillah, hari ini sampai sudah akhirnya.

Dimiliki oleh PLS Marketing (M) Sdn Bhd (atau Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn Bhd), Galeri Padi ini juga dikenali dengan beberapa nama lain, iaitu Muzium Padi, Muzium Beras, Gudang Beras, Kilang Padi, dan sebagainya. Ini kerana ia memang sebuah kilang, muzium, galeri, dan kedai — 4 dalam 1! 

Pada awalnya, PLS Marketing bermula sebagai pengedar beras, dan kemudiannya berkembang menjadi pembekal beras secara pukal, pembekal benih padi, serta pengedar baja dan racun serangga.

Pada penghujung tahun 2013, Galeri Padi dibuka secara rasmi kepada orang ramai untuk datang menyaksikan sendiri setiap langkah penghasilan beras, daripada penyemaian anak pokok sehinggalah menjadi beras yang dijual di pasaran.


Bayaran masuk ialah sebanyak RM5 seorang di mana kanak-kanak bawah ketinggian 95cm boleh masuk secara percuma.  Para pengunjung akan diberikan satu pek beras sebagai cenderamata daripada pihak kilang. 

Waktu Operasi bagi Paddy  Gallery ialah dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Mula-mula kami dihidangkan dengan tayangan video berkenaan dengan kaedah penanaman padi dari proses bajak tanah sehinggalah saat padi dijual. Secara jujurnya, walaupun saya menetap di kawasan yang dikelilingi oleh sawah padi, namun banyak perkara yang berkaitan sawah padi tidak saya ketahui .

Kemudian kami dapat melihat bahan-bahan pameran berkaitan kelengkapan menanam dan membajak padi secara tradisional dan  kelengkapan rumah penanam padi. Cuma  sejarah penanaman padi di Sekinchan tidak dinyatakan dengan jelas di sini. 



























Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)