|
Keindahan yang masih boleh dilihat sehingga ke hari ini.
|
Berhadapan dengan Wisma Air Kelantan, Wakaf Siku Kota Bharu terdapat sebuah rumah agam lama yang tak telah lama ditinggalkan . Lokasinya betul-betul di belakang Restoren Ajyaad Nasi Arab dan Restoren Nasi Lemak Bersinar. Kedudukan yang agak kebelakang ini menyebabkan ramai yang tidak menyedari keindahan dan kecantikan rumah ini. Rumah ini dikatakan dibina pada tahun 1941 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua . Ia dimiliki oleh Mufti Kelantan , Datuk Ahmad Maher (November 1904 - 16 Mac 1968).
Pembinaan awal rumah Datuk Ahmad Maher membabitkan tukang berkepakaran tinggi yang datang dari pelbagai tempat. Misalnya, pada pembinaan dan pemasangan struktur bumbung iaitu atap singgora digunakan dan membabitkan tukang mahir dari Pattani, Thailand.
Atap singgora dikatakan ditempah khas dari Songkhla (Selatan Thailand) kerana pada masa itu sangat sukar untuk menemui perusahaan atap singgora. Di samping itu, pembinaan rumah ini juga membabitkan kepakaran tukang dari Besut, Terengganu yang menghasilkan struktur berukir yang sangat halus dan indah.Sayangnya kini rumah ini dibiarkan tidak terjaga dan mereput menunggu menyembah bumi. Alangkah bagus sekiranya pihak kerajaan , swasta mahupun ahli waris dapat berbuat sesuatu kepada rumah ini terutama membaik pulih rumah ini agar ia dapat dijadikan sebahagian daripada sejarah senibina negara Malaysia .
Beberapa gambar lagi yang sempat saya ambil di situ.
|
Bahagian tingkap sisi rumah
|
|
Pemandangan rumah dari bahagian depan
|
|
Bahagian dapur rumah
|
|
Bahagian dapur rumah
|
|
Ukiran pada bahagian bawah rumah
|
|
Tingkap rumah yang masih utuh
|
|
Bahagian beranda hadapan
|
|
Sudut sisi rumah
|
|
Ukiran yang terdapat pada bahagian dinding
|
|
Tingkap di bahagian tengah rumah.
|