![]() |
Lokasi makam yang terletak di tepi jalan menuju ke Gerik. |
MAKAM TUN SABAN
Tun Saban adalah orang terawal membuka Hulu Perak. Beliau berasal daripada keluarga Bendahara Melaka. Datang ke Hulu Perak bersama isteri, anak dan empat orang saudaranya membuka kampung bernama Berendung Budi.
Tun Saban kemudiannya berpindah ke Belum, dan membuka sebuah kampung bernama Relap Rell. Dalam masa sama seorang anggotanya, Tun Perabu memerintah tempat bernama Temong yang kemudiannya ia digelar Tok Temong.
Sebelum tahun 1528 negeri Perak telah wujud atas nama Gangga Negara yang berpusat di Beruas. Negeri ini telah berada di bawah jajahan Melaka yang tidak lama selepasnya jatuh ke tangan Portugis. Melaka telah diamanahkan menguasai negeri Perak untuk menjaga hasil-hasil bijih timah. Buktinya, terdapat musibah peristiwa Tok Temong apabila hilang sebuah gajah di kawasan Sungai Perak yang dikatakan hilir pula oleh seorang gajah yang dipelihara oleh orang Melaka.
Zaman pemerintahan Melaka telah berakhir sewaktu Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar pada tahun 1511. Sebelum itu, Sultan Mahmud Shah telah menyerahkan puteranya Raja Muzaffar Shah kepada pembesar Kampar (Sumatera).
Sampai waktunya, Moyang Masuka telah mewasiatkan kepada anak cucunya bahawa jika Sultan Mahmud Shah mangkat, maka hendaklah dijemput Raja Muzaffar Shah dilantik sebagai Sultan Perak untuk memerintah negeri Perak. Wasiat ini sangat diingati oleh Tun Saban serta anak cucu keturunan Moyang Masuka yang tinggal di negeri Perak.
Setelah Moyang Masuka meninggal dunia, Tun Saban dan orang Temong telah bersepakat untuk menghantar utusan ke Kampar untuk menjemput Sultan Mahmud bagi dilantik menjadi Sultan Perak.
Malangnya Sultan Mahmud Shah sebaliknya telah menyerahkan puteranya, iaitu Raja Muzaffar Shah untuk ditabalkan di negeri Perak.
Dengan mengurniakan segala peralatan kebesaran kerajaan, maka Raja Muzaffar Shah bersama pengiringnya, iaitu Putera Mahkota Raja Mahmud berangkatlah menaiki sebuah perahu menuju ke Perak dan mendarat di Beting Beras Basah. Namun, Sultan Perak Baginda hampir karam kerana bahtera baginda tersangkut di beting.
Pada ketika itu terdengar suara yang meminta segala barang dalam kapal dibuang termasuk mahkota raja dibuang ke laut dan kemudiannya baginda bersembah:
“Selilit Pulau Perca,
Selilit Pulau Pandan,
Disini tempat berdiri aku,
Akan menjadi negeri berdaulat,
Jika aku mungkir janji,
Nescaya Allah menurunkan bala,
Sekalian alam Malapetaka.”Selepas seruan dibacakan, bahtera yang menggunung tadi pun selamat. Disambut dengan penuh hormat oleh Ketua Hulu Perak bernama Tun Saban dan dibawa masuk ke darat di Beting Beras Basah. Dari situlah bermula era pemerintahan baginda yang berlanjutan ke tanah Perak.
Apabila tiba di tanah Abang Sultan Muzaffar Shah pun dipersilakan oleh Tun Saban untuk tinggal di Tanah Abang (Bota Kanan). Tetapi Sultan Muzaffar Shah tidak berkenan lalu berpindah ke Tanah Sayong. Namun, baginda juga tidak berkenan dan berpindah lagi ke Tanah Semas. Akhirnya barulah baginda menetap di Tanah Perak yang kini dikenali sebagai Kota Lama Kanan.
Atas jasa baik Tun Putih pula dikatakan atas wasiat Moyang Masuka kepada Tun Saban agar dipelihara negeri Perak dengan aman damai.
Akhirnya Tun Saban meninggal dunia pada akhir tahun 1530 dan dikebumikan di Kampung Changkat Merah, Lenggong, Hulu Perak.
Hingga kini, makam Tun Saban ini terus dijaga oleh keturunan beliau dan dikenang sebagai orang besar pembuka Hulu Perak. Pada tahun 1927, keturunan Tun Saban ke-12, iaitu Toh Seri Nara Wangsa diisytiharkan sebagai Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.
Makam Tun Saban kini terletak di dalam daerah Lenggong, Hulu Perak. Toh Seri Nara Wangsa ke-13 telah dilantik sebagai pembesar negeri Perak menggantikan ayahandanya.
Al-Fatihah ke atas rohmu ya Tun Saban.
![]() |
Terdapat dua makam di sini. Satunya milik Tun Saban manakala satu lagi dikatakan milik anak perempuannya |