SENIBINA PEJABAT POS BUKIT ROTAN MENGGAMIT NOSTALGIA

0
 
Senibina dan rekabentuk pejabat pos ini kekal tidak berubah semenajk 1926 lagi

 
Setiap kali saya melalui Bukit Rotan, Kuala Selangor menuju ke arah Lebuhraya LATAR, saya pasti akan teruja untuk melihat beberapa keunikan di situ:
 
1) Masjid An-Nuriah , masjid India Muslim Bukit Rotan
2) Gereja Kristian India
3) Kuil Hindu
4) Pejabat Pos mini yang klasik di hadapan kuil.
 
Pejabat pos ini dibina sebelum Perang Dunia Ke-2 tetapi mula beroperasi sebagai pejabat pos pada tahun 1926. Rekabentuknya sangat klasik dan saya fikir tidak ada banyak perubahan dilakukan semenjak ia dibina hampir 100 tahun lalu.

Pejabat pos ini menyerlah dengan warna putih dalam saiz comel, bersemat unsur-unsur klasik persis rumah tradisional orang Melayu. Ia menawarkan perkhidmatan pos moden namun dari segi luaran, segalanya tentang pejabat pos ini memencar sejarah dan nostalgia, hinggakan pelanggan sendiri tidak mahu ia diroboh atau diganti dengan binaan moden.


 

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)