3 BERITA KEMATIAN DALAM SEMINGGU

0
 


Minggu ini sahaja Peduli Sungai Besar mendapatkan perkhabaran kematian orang yang pernah kami bantu dan orang yang kami rancang untuk bantu (yang tak sempat kami bantu).
 
Kematian pertama melibatkan seorang warga emas lelaki yang meninggal akibat sakit tua. Arwah meninggal pada hari selasa yang lepas. Isteri arwah yang buta matanya masih ada , tapi uzur tak mampu berjalan. Arwah dan isteri sebelum ini menjaga 7 orang cucunya yang masih kecil. Kami pernah menyumbangkan wang ringgit, bekalan makanan dan komputer riba kepada keluarga ini. Semoga Allah mengampuni segala dosa wak Juriamin dan tempatkan almarhum di tempat yang terpuji.
 
Kematian kedua melibatkan warga emas wanita yang berada di Pasir Panjang pada hari Rabu yang lalu . Kami tak sempat menziarahi almarhumah dan tak sempat menghantar katil wakaf ke rumahnya kerana beberapa komitmen yang tak dapat dielakkan. Rasa ralat jugalah dalam hati apabila mengenangkan kekurangan diri. Tapi mungkin bukan rezeki kami untuk membantu almarhumah ini hingga ke saat akhir kematian.
 
Kematian ketiga baru berlaku petang tadi. Pesakit wanita warga emas ini tinggal di Sungai Panjang. Petang tadi kami sepatutnya menghantar katil ke rumahnya. Tetapi pada saat akhir terpaksa ditunda atas urusan kecemasan. Tak sampai sejam perancangan penghantaran katil ini ditunda, pesakit wanita tadi meninggal dunia.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ
Semoga Allah s.w.t menempatkan roh mereka dalam kalangan mereka yang solek, solehah dan terpilih serta dilapangkan alam kubur mereka. Amin ya rabbalamin.
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)