Pagi tadi meronda-ronda hingga ke Kampung Kuantan , Kuala Selangor. Sengaja datang ke sini untuk bertemu dengan seorang sahabat di sini. Pertama kali masuk ke kawasan ini. Mujur tak sesat disebabkan terdapat banyak papan tanda yang membantu saya ke sini. Cantik pula kawasan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan ini. Siap ada papan tanda di sepanjang jalan supaya menjaga tempat pembiakan kelip-kelip. Oleh disebabkan saya datang pada waktu pagi dan tidak bercadang untuk berada lama di Kampung Kuantan , saya tidak sempat merasai suasana di kelilingi kelip-kelip di sini. Insyaallah lain kali.
Perusahaan kawasan Kelip-kelip
di kawasan ini dikatakan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang
melihat potensi untuk dikomersialkan . Usaha ini kemudiannya disambung oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (kini Majlis Perbandaran Kuala Selangor) sehinggalah ke hari ini dengan penubuhan santuari ini.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari
kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang
terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada
Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya.
Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya
yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa
iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat.
Dalam ribuan Kelip-kelip ini
cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran
cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih
terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip
betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia
Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai
Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran
berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber
makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai
habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan
mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.