MASJID LAMA SUNGAI GULANG-GULANG , TANJONG KARANG

0
 
Pemandangan sisi Masjid Kampung Gulang-Gulang, Tanjong Karang

Setiap kali saya melalui Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan , tepatnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, mata saya pasti akan mencari peluang untuk melihat sebuah masjid lama yang terletak betul-betul di tepi jalan dan di sebelah tanah perkuburan itu. Seni bina dan ukiran pada masjid itu menarik minat saya untuk saya kunjunginya. Perasaan ini ditahan-tahan sehinggalah pada hari ini saya mengambil ruang permusafiran saya untuk berhenti di masjid ini. 
 
Kawasan halaman masjid yang lapang dan ringkas

Masjid ini dinamakan Masjid Lama Sungai Gulang-Gulang. Ia terletak di Mukim Ujung Permatang, Tanjong Karang di dalam Daerah Kuala Selangor. Menurut pahatan pada rangka masjid , masjid ini telah dibina pada tahun 1937 oleh generasi awal yang meneroka Kampung Sg. Gulang Gulang. Tiada catatan lanjut diberikan berkenaan sejarah masjid ini oleh blog rasmi masjid ini : 
https://masjidlamasgg.blogspot.com/2011/02/masjid-lama-sg-gulang-gulang.html . Masjid lama ini terletak kira-kira 1 km daripada Masjid Jamek Gulang-Gulang yang siap dibina pada tahun 2009. 



Bahagian hadapan Masjid (Lama) Sungai Gulang-Gulang


Mimbar lama masjid yang menonjolkan kekayaan senibina ukiran




Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)