Gambar Masjid Jamiul Muhammadiah , Kampung Kuantan Kuala Selangor yang diambil pada hari ini (27 Februari 2023) .
Sebelah kepada Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan terdapat sebuah masjid lama yang diberi nama Masjid Jamiul Muhammadiah. Menurut http://artmelayu.blogspot.com , masjid ini dibina pada tahun 1934. Maklumat lanjut berkenaan sejarah masjid ini tidak saya peroleh daripada mana-mana sumber. Di halaman masjid ini terdapat sebuah papan tanda yang berbunyi
" Pokok rambutan ini ditanam oleh Y. Bhg. Dato' Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia merangkap Pengerusi Induk Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali ke 18 sempena Majis perasmian muzium dan komuniti pada 15 Mei 2014. "
Mungkin ada sebab mengapa masjid ini dipilih untuk dilakukan majlis penanaman pokok ini terutama apabila dikaitkan pula dengan sejarah. Saya turut mengepilkan gambar yang diambil oleh saudara Radzi Sapiee pada tahun 2009 (warna masjid merah jambu suram) berbanding gambar yang saya ambil pagi tadi iaitu warna perang.
Gambar Masjid Jamiul Muhammadiah yang diambil pada tahun 2009. Sumber gambar http://artmelayu.blogspot.com |