Rasanya
dah banyak kali dah singgah di Cikebum House ni. Tapi hari ini rasa
macam nak bergambar pula memandangkan hanya kami sekeluargan sahaja
berada di kedai ini pada waktu itu. Selalunya kedai ini memang ramai
orang.
Kadangkala
kami terpaksa beratur di luar kedai kerana di dalamnya penuh dengan
orang. Tapi mungkin disebabkan keadaan hujan pada waktu itu, orang pun
tak ramai datang. Alhamdulillah. Seronok jika singgah di sini terutama
anak-anak .
Pelbagai
jenis makanan pencuci mulut dan makanan ala western ada dijual di sini.
Antaranya ialah brownies , kek, biskut, punten, kerepek, jeli kelapa,
laksam, begedil , vietnam roll dan banyak lagi. Harganya ekonomik.
Anda boleh lawati laman facebook mereka melalu pautan ini :
Jika anda ingin menikmati hidangan dessert dan makanan ringan di tengah-tengah hamparan sawah padi, di sinilah tempatnya. Lokasinya di Parit 7 Timur, Sungai Besar Sabak Bernam.
#CikguZhaf #SabakBernamBersejarah