Semalam mengkaji sedikit berkenaan Balai Polis Sungai Air dan kawasan sekitarnya melalui bacaan dalam internet dan bahan-bahan. Pagi ini tiba-tiba isteri saya meminta tolong kepada saya untuk menghantar sesuatu ke Klinik Sungai Air Tawar. Alang-alang dah sampai saya terus meronda-ronda di sekitar Pekan Sungai Air Tawar, Kampung Dato Hormat , Kampung Raja dan Jeti Ladang Sungei Bernam (Jeti Kilang Sabut).
Kampung Sungai Air Tawar mula diterokai pada awal tahun 1918 dari kelompok kecil peneroka yang datangdari Bagan Datoh, Perak. Dengan tujuan membuka satu penempatan baru untuk pertanian ketika itu bersesuaian dengan keadaan geografinya yang rata, lembap dan sedikit berpaya. Hutan dan belukar ditebang dan kerja-kerja membersih kawasan dijalankan dan dipelopori oleh Pak Bolkin.
Pada tahun 1920, tanah yang diterokai ini ditanam dengan tanaman padi tahun secara besar-besaran yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahman B Haji Ehsan. Maka wujudlah sebuah perkampungan. Nama "Sungai Air Tawar" diambil sempena nama sebatang sungai yang terdapat di situ.Di mana airnya yang mengalir ke Sungai bernam
ini tawar (tidak masin).
Ini antara gambar-gambar Pekan Sungai Air Tawar yang sempat saya ambil . Agak menarik apabila wujudnya Pusat Gasing Pangkah di sini. Tapi macam tak berapa tersusun tempatnya. Di sini juga terdapat Dataran Sungai Air Tawar yang masuk ke dalam sedikit ke arah Kampung Dato' Hormat. Siapakah sebenarnya Dato' Hormat dan "Raja" ? Insyaallah saya cuba rungkaikan siapakah empunya nama ini sehinggakan diabadikan sebagai nama kampung.