PERISTIWA 1 SYAWAL BERBEZA ANTARA JOHOR DAN PERAK

0
 
 
 
Tahukah anda, pada tahun 1982 buat pertama kalinya dalam sejarah negara mempunyai dua negeri iaitu Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal daripada negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.Kisah ganjil ini dipercayai berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Iskandar pada ketika itu.
 
Raya zaman dulu ditentukan melalui rukyah
 
Pada zaman dahulu, setiap awal Ramadan dan awal Syawal perlulah ditentukan melalui hisab dan rukyah. Orang ramai akan menanti di depan televisyen atau radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor. Meriah sungguh zaman dulu!Namun, setelah berpuluh tahun berlalu, penentuan bulan puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara rumit lagi kerana ia sudah bertahun-tahun selari dan ada dicatatkan dengan kalendar dengan kiraan yang betul.
 
Bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan. Semenjak dari itu, sambutan perayaan aidilfitri tidak pernah lewat dan tidak pernah awal.Menurut sejarah, pada tahun 1983 sekumpulan nelayan telah ternampak anak bulan ketika mereka sedang menangkap ikan dilautan.
Apabila naik ke daratan, berita tersebut mula tersebar dan kemudian ianya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu.
 
Akan tetapi, tiada rekod dan bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan ini dalam menjadi permulaan kepada sambutan perayaan awal sehari di negeri Perak dan Johor.
Desas-desus berita tersebut juga dikatakan telah tersebar hingga sampai ke pengetahuan mufti. Lalu, mufti mengatakan ia harus dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.
 
Sehubungan itu, perkhabaran tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda yakin dengan berita tersebut dan mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat di negeri itu melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain.
Hanya gunakan pembesar suara
 
Difahamkan Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan pelusuk kampung.
Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.
 
Akibat pengumuman secara tiba-tiba itu, kebanyakan orang terutamanya daripada golongan orang tua amat terkejut dan panik.Mana tidak nya, juadah raya seperti rendang, lemang dan sebagainya kebiasaannya akan disediakan mulai malam raya berikut.Justeru, ada diantara mereka yang masih belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa.
 
Menurut perkhabaran, ada juga yang hampir bergaduh pada hari raya pertama tahun tersebut di kawasan sempadan Perak dan Selangor iaitu di Tanjung Malim. Ia berpunca daripada segelintir penduduk di Perak telah beraya manakala penduduk negeri Selangor masih berpuasa. Mujur tak jadi apa-apa bukan?Insiden raya awal sehari ini dikatakan hanya berlaku satu kali sahaja dan tidak pernah akan berlaku lagi kerana negara kita sudah mempunyai kaedah pengiraaan yang lebih sistematik dan tepat untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)