Kampung ini telah dibuka pada pertengahan tahun 1960-an dan telah diluluskan oleh pejabat Daerah Hilir Perak pada penghujung tahun 1960-an. Kampung ini telah diterokai yang diketuai oleh tuan Hj. Saman bin Hj. Mahmud, yang berasal dari parit 12 sg. Panjang. Kampung ini yang nama asalnya Tanjong Kepayang dan apabila mereka menebang tebas terdapat banyak pokok suli maka mereka menamakan kampong ini Pulau ganda suli. Setelah dipersetujui oleh pihak pejabat Daerah Hilir Perak maka hingga kini nama kampung ini dikenali dengan nama kampung Pulau Ganda Suli.
Mengikut cerita orang tua-tua dahulu kampung ini telah menjadi pulau apabila selat yang menghubungkan pulau tersebut dengan kampung Sungai Manila yang luasnya hanya lebih kurang sepuluh rantai telah dipotong oleh orang-orang kampung yang tinggal di kawasan persisir Sungai Bernam pada ketika itu maka ia menjadi satu pulau yang berasingan dengan kampung asal [ Kampung Tanjong Kepayang/Tanjong Samak ].
Idea itu tercetus oleh orang-orang yang tinggal di kampung persisiran sungai bernam yang berulang alik menyusuri sungai itu untuk mencari rotan dan nibong untuk dipasarkan di pekan Sabak Bernam dan Teluk Intan. Rotan dan Nibong adalah mata pencarian mereka pada waktu itu dan perkara tersebut berlaku pada tahun 1930-an.apbila selat itu di potong mereka dapat memendekkan perjalanan selama dua jam mandayung sampan . Semenjak itu mereka tidak perlu lagi mengelilingi pulau tersebut.
Mengikut ceritnya juga apabila selat itu dipotong semakin lama semakin lebar dan dalam dan ia mengurangkan kelajuan air yang yang berpusing yang mengelilingi pulau tersebut [ sejarah Lubok Pusing] lama kelamaan sungai itu tidak lagi berfungsi [mati] dan bekas sungai itu telah di tanam dengan pokok kelapa sawit oleh orang-orang kampung dan seolah -olah kampung ini tidak ada sempadan lagi dengan Daerah sabak bernam.
Jika dilihat dengan mata kasarnya kampung ini terletak di dalam Daerah Sabak Bernam kerana 2/3 sempadan kampung ini dikililingi oleh kampung -kampung dalam daerah tersebut.
1. Di sebelah utara kampung Jerang Belanga [Sabak bernam]
2. Di sebelah selatan Kampung Tebok Jaya [Sabak bernam]
3. Di sebelah barat kampung Lubok pusing [Sabak bernam]
4. Di sebelah timur kampung Sungai Manila [ Hilir perak ].
Kampung sungai manila ini terpisah oleh Sungai Bernam .Tapi pada hakikatnya kampung Pulau Ganda Suli ini adalah terletak di dalam Daerah Hilir Perak ,Teluk Intan Perak Darul Ridzuan
Lubok Pusing terletak di utara kampung . Ia adalah satu kolam yang mempunyai pelbagai sejarahnya seperti berikut;-
Menurut ceritanya kawasan sungai ini apabila air mula naik pasang ia berpusing begitu laju (deras) ia akan menenggelamkan sampan atau siapa saja yang lalu di situ semasa air mula nak pasang (naik).
Mengikut cerita orang-orang yang tinggal di kampung seberang (Kampung Lubok Pusing) perkara ini berlaku awal tahun 1920-an satu rombongan pengantin yang melalui kawasan itu telah tenggelam bersama sampan dan semua yang ada didalamnya
Mengikut ceritanya itu telah timbul di kawasan kuala sungai Hutan Melintang bersama sampan dan ranting-ranting kayu.
Ada juga cerita yang bilal masjid yang bernama Wak Kasman bin Abdullah ia mengatakan pernah melihat buaya putih bertarung dengan seekor buaya biasa yang begitu besar perkara ini biasanya berlaku apabila air mula pasang (naik) . Beliau bercerita hal ini semasa beliau berumur 20an.
Kawasan kolam mini juga selalu di kunjungi oleh pelajar Universiti tempatan hampir setiap tahun dengan tujuan untuk mengkaji sejarah kolam ini
Menurut sejarahnya juga sebuah Kapal Rombongan Diraja Selangor datang ke situ untuk melawat kampung seberang (Lubok Pusing) apabila sampai di kawasan air yang berpusing itu kapal itu berhenti dan meletakan sauhnya tetapi mengikut ceritanya sauh yang diletak dalam sungai tadi tidak sampai ke tanah walaupun dihulurkan dengan rantai yang panjang. Lalu sultan mengarahkan supaya berpatah balik kebelakang Tetapi apabila kapal itu telah keluar dari kawasan air yang berpusing tadi mereka meletak sauhnya hanya beberapa kaki sahaja sauh itu sudah sampai ke tanah (dasar sungai )itu dan mereka hairan memikirkannya berapa dalamkah sungai ditempat air yang berpusing
Kini apabila sungai itu sudah tidak berfungsi lagi dan sudah menjadi daratan ia hanya tinggal tiga (3)buah kolam yang kecil tetapi masih mengeluarkan air yang tidak putus hingga kini.
Untuk makluman kawasan kolam ini telah dibina dengan tambak dan pagar tetapi oleh kerana tidak ada jalan yang sempurna maka kolam ini terabai dan tidak lagi di kunjungi oleh orang ramai.
Dengan ini saya merayu agar pihak yang berwajib tersebut akan mengambil daya usaha untuk membaik pulih/menaik taraf kawasan kolam tersebut.