Mulanya adalah sebuah kawasan hutan belantara tropika. Kawasan dataran bertanah pamah.Terletak di persisir Selat Melaka.
Mula diteroka pada tahun 1926 oleh beberapa orang yang berasal dari
penduduk berdekatan juga dari tempat-tempat lain seperti Kuala Selangor,
Negeri Perak, Johor dan sebagainya. Mereka berhijrah ke tempat ini
semata-mata mahu mengubah nasib mencari kelebihan dari kehidupan
sebelumnya. Berpegang dari dalil Al Quran,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang
pada diri mereka ” QS 13:11.
Kebanyakan dari mereka adalah dari suku Banjar dan Jawa.Mereka memasang
matlamat apabila telah dapat mengubah nasib mereka dan penya harta yang
mencuckupi mereka akan menunaikan rukun Islam yang ke lima iaitu
menunaikan Haji ke Makkah.
Pada ketika itu mereka membuka kawasan sawah padi,oleh kerana musim
hujan yang tidak menentu sedikit demi sedikit mereka mengubah corak
pertanian kepada penanaman kelapa.
Asal nama Kampung Banting pula diambil sempena nama sebatang sungai
yang terdapat di Kampung Banting. Bahagian kuala sungai ini terletak di
tengah-tengah kuala Sungai Pulai dan Permatang Tebok Jawa. Perkataan
“banting” pula dipercayai berasal daripada perkataan “benteng” bermaksud
empangan air. Sungai Banting yang salurannya terus ke Laut Selat
Melaka selalu dinaiki air apabila air laut pasang dan pada musim
tengkujuh. Lantaran itu, penduduk bergotong royong membina satu benteng
dengan menggunakan batang-batang kayu bakau dan tanah liat yang
akhirnya berjaya menyekat limpahan air bah.
Namun, benteng ini selalu pecah dan memaksa penduduk bergotong royong
memperbaiki semula benteng tersebut. Maka, penempatan ini diberi nama
Kampung Benteng. Walau bagaimanapun, loghat Jawa Banjar mengubah sebutan
benteng menjadi “banting”. Selepas daripada itu, nama Kampung Benteng
telah ditukar menjadi Kampung Banting sehingga ke hari ini.
Sumber : http://jkkkkgbanting.blogspot.com/p/sejarah.html