MELANGKAH TERUS KE HADAPAN

0

 


Jawatan terakhir saya dalam politik ialah Setiausaha Pakatan Harapan Parlimen Sungai Besar, Ketua Pemuda Amanah Kawasan Sungai Besar dan juga Pengarah Biro Komunikasi Amanah Kawasan Sungai Besar. Setelah meletakkan semua jawatan politik saya pada akhir tahun 2021, saya fokuskan kepada NGO Peduli Sungai Besar iaitu NGO yang bersifat non partisan dan bergerak mandiri tanpa sebarang dana daripada parti politik. 
 
Kami melaksanakan program bantuan kami tanpa mengharapkan 100% sumbangan daripada jabatan kerajaan mahupun parti politik. Sumbangan banyak didapati daripada orang ramai yang turut menyokong pergerakan yang bergerak atas wadah sukarelawan dan kebajikan. Alhamdulillah. Kami terus bergerak dan terus bergerak sehingga hari ini tanpa mengira latar belakang penerima. Bersama-sama kami terdapat beberapa NGO yang turut sama mempunyai aspirasi yang sama dengan kami.- NON Partisan dan fokus kepada kebajikan.
 
Jika ditanya apakah harapan dan visi saya pada tahun 2023, saya fikir mungkin saya akan memfokuskan kepada usaha penggalian sejarah di Sabak Bernam. Benar. Pada hari ini , ia hanya usaha kecil yang dilakukan oleh insan kerdil dalam mengangkat sejarah Sabak Bernam. Cuma saya yakin bahawa akan ada generasi atau insan-insan yang mungkin satu pemikiran dengan saya berkenaan dengan perkara ini. Dan mungkin dari situ kita akan usahakan pembentukan team yang memfokuskan kepada mengangkat sejarah Sabak Bernam. Ini semua demi generasi akan datang Sabak Bernam. Insyaallah.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)