DATO' DR. HAJI YUSOFF HASSAN : PENULIS BUKU SABAK BERNAM DAN SEJARAHNYA

0

 

YUSOFF HASSAN 

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1943 bersamaan hari Isnin waktu Subuh. Beliau mendapat pendidikan Melayu hingga darjah 3 namun pembelajarannya terganggu akibat Tanah Melayu diserang Jepun pada waktu itu. Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu, beliau bersekolah Jepun hingga darjah enam. Apabila perang dunia ke 2 tamat, beliau bersekolah semula hingga ke darjah 7. 

Dalam bulan April 1980, beliau dilantik menjadi guru pelatih yang bertugas di beberapa buah sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Princess Road Kuala Lumpur seterusnya menjadi guru ketua di Sekolah Menengah Polis Depot Kuala Lumpur. 

Tahun 1962 beliau lulus peperiksaan FMC dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Beluan merupakan guru Melayu pertama menduduki peperiksaan jenis ini yang kemudiannya dikenali sebagai SPP (SPM). 

Tahun 1963 beliau mula menulis berita dan rencana di akhbar Utusan Melayu terutamanya di ruangan sukan . Beliau pernah menjadi penolong pengarang di sebuah penerbitan di Kuala Lumpur yang menerbitkan majalah Bintang Timur bersama pengarang Mansur Abdullah. Pada masa yang sama juga , beliau juga bergiat dengan seni budaya , khasnya drama bersama Abdul Rahman atau lebih terkenal dengan panggilan Rawan Hiba dan Shahrin Shah juga bersama-sama pelakon filem Sony Abdullah.

Pada tahun 1965 , beliau mengajar di sekolah menengah dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Sastera , Sejarah Tingkatan 4 dan 5 , rapat dengan Atondra , Kamala , Ahmad Razali dan Yahya Samah. Dari sini beliau meminati sejarah tempatan dan tidak ingin fakta sejarah tempatan dipesongkan oleh penulis-penulis barat. 

Dalam keadaan begitu, beliau aktif dalam bidang politik. Beliau memegang beberapa jawatan terutamanya Setiausaha Bahagian Kuala Selangor hampir 15 tahun. Akhirnya beliau menjadi wakil rakyat kawasan Sungai Tinggi selama 2 penggal di samping memegang jawatan yang lain seperti :

Pengerusi Perpustakaan Awam Selangor

Pengerusi Persatuan Memelihara Lebah Madu Selangor

Pengerusi Persatuan  Setiausaha-setiausaha Selangor

Pengerusi Gerakan Membaca Selangor

Ahli Lembaga Muzium Selangor 

Ahli Lembaga Persatuan  Sejarah Selangor

Kini menjadi Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor sejak tahun 1997 di samping menjadi Bendahari Persatuan Silat Pesaka Selangor dan Yang Dipertua St. John Ambulans Selangor Utara.

Pada tahun 1979, beliau dianugerahkan PJK, tahun 1981 mendapat pingat AMS dan pada tahun 1983 beliau juga dianugerahkan bintang KMN oleh KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Beliau banyak menulis di Majalah Tanah Air, Sinar Zaman, Dewan Budaya , Pelancar, Alam Wanita, Jurnal Sejarah Selangor  dan pernah menjadi stringer di akhbar Berita Harian dan Suara UMNO Selangor. 

(Dipetik daripada Buku Sabak Bernam dengan Sejarahnya)


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)