AGAMA BUKAN UNTUK DITUNGGANG !!

0

 

Ada orang tanya "kalau kita tak tunggang agama , kita nak tunggang apa? Bukankah kita orang Islam? Mestilah tunggang agama."

 

Kata si fulan dengan yakin dan berbangga dengan title penunggang agama. Seolah-olah label penunggang agama itu merupakan kemuliaan dan kehebatan baginya.
 
Jawapan saya senang sahaja. Kita orang Islam tidak akan sesekali menunggang agama. Orang yang berbangga mengaku menunggang agama itu samada dia memang seorang penjahat penunggang agama atau dia sendiri tak faham maksud menunggang agama itu.
 
Istilah "tunggang" menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah :
 
1) meng­gunakan seseorang atau sesuatu utk kepentingan sendiri;
2) mempergunakan sesuatu (orang DLL) untuk mencapai maksud sendiri
3) duduk mengangkang di atas sesuatu. Contohnya kuda.
 
Daripada sini , beberapa persoalan akan timbul .
 
Adakah kita sanggup mempergunakan (menunggang) agama semata-mata untuk mencapai kepentingan diri sendiri?
 
Atau bahasa kasarnya sanggupkah kita jadikan Allah dan rasulnya setaraf lembu dan binatang tunggangan demi kepentingan peribadi? 
 
Sedangkan dalam Hadith Riwayat Ad-Daruqutni menyatakan bahawa
اْلإِسْلاَÙ…ُ ÙŠَعْÙ„ُÙˆْ Ùˆَلاَ ÙŠُعْÙ„َÙ‰.
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.
Bagaimana ketinggian agama itu diletakkan hanya setaraf barang tunggangan atau haiwan tunggangan sahaja?
 
Berhati-hati saudara dalam memilih perkataan. Janganlah kerana niat kita konon-kononnya untuk menegakkan Islam, kita sendiri menjadi penghina Islam.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)