DIALOG TERBUKA PEMIKIRAN SYEIKH NAZIM AL HAQQANI

0

Sebagai seorang pencinta ilmu dan suka menimbang antara hujah-hujah yang diberikan, aku benar-benar berharap dialog terbuka atau debat antara dua aliran ini menjadi kenyataan. Walaupun agak pelik melihat bilangan pembahas di sini iaitu 2 orang melawan seorang , tetapi aku menganggap itu perkara kecil berbanding amanah ilmu yang perlu disampaikan semasa program itu nanti. 
 
Aku ingin mendengar sendiri apakah hujah yang mempertahankan dan menentang aliran Naqsyabandi Nazim Haqqani? Apakah yang menyebabkan ia pernah diharamkan pada suatu ketika dahulu? Dan apakah yang menyebabkan tariqat ini dibenarkan pengamalannya setelah 20 tahun difatwakan sesat? 
 
Aku harap benar dialog atau debat ini menjadi kenyataan supaya kita dapat melihat bagaimana sesuatu aliran dapat mempertahankan aliran yang mereka pilih itu walaupun agak kelakar apabila melihat syarat debat itu diadakan. Antara syarat yang tak masuk akal yang aku rasakan untuk debat kali ini ialah satu pihak meminta satu pihak yang lain menyenaraikan hujah yang akan digunakan pihak yang lain itu. Ini seperti meminta lecturer memberikan jawapan untuk kita study sebelum exam soalan yang sama. Mohon jangan sesiapa larikan diri lagi. 
 
Aku ingin sangat mendengar hujah kedua-dua pihak dan menilai setiap hujah yang diberikan. Bagi aku kebenaran itu daripada Allah. Dan mungkin kebenaran itu muncul daripada lawan bahas kita. Jadi kita sebagai manusia yang tak sempurna dan serba kekurangan harus membuka diri dan minda untuk meneliti setiap apa yang diajar dan dikhabarkan kepada kita. jangan taksub kerana taksub itu ciri orang tak berakal.

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)