Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menerima apa-apa sumbangan kelengkapan pesakit yang baru mahupun yang terpakai untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan pesakit yang dimaksudkan ialah:
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tilam udara
4) tongkat
5) lampin dewasa
6) susu dewasa (belum dibuka dan belum tarikh luput)
7) dan lain-lain keperluan .
Selain itu, kami juga menerima sumbangan keperluan harian seperti :
1) Pek Makanan
2) barangan makanan
3) lampin bayi
4) pakaian baru dan terpakai
5) basikal dan mainan baru terpakai
6) dan lain-lain sumbangan
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti skala kecil yang kami jalankan bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Sekiranya tuan puan ingin menyumbang, silalah menyumbang ke akaun berikut :
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357.