KISAH-KISAH SEPANJANG HARI

0


Pada hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menyampaikan kotak makanan Dana Kita kepada beberapa buah keluarga di Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Panjang dan Sungai Air Tawar. Sumbangan kotak makanan ini sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan terutama kepada mereka yang dikuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan asas. 
 
Pelbagai kisah yang diceritakan kepada ku sepanjang perjalanan program hari ini. Ada yang anaknya bertahun menunggu pembedahan, namun disebabkan anaknya positif COVID 19 menyebabkan pembedahan tidak boleh dilakukan dan terpaksa ditangguhkan. Ada warga pendidik yang hidup dalam kesempitan hidup akibat masalah keluarga. Ada bapa kepada anak murid sedang berada dalam keuzuran akibat diabetis kronik dan sumber pendapatannya langsung terputus . Ada juga aktivis kami yang diuji dengan COVID bersama-sama ibunya.
Sesungguhnya perjalanan hari ini sangat menyedihkan dan menimbulkan keinsafan kepada ku supaya aku terus bersyukur .
 
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ؛ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
 
“Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, kerana setiap perkaranya itu baik.Tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mukmin sejati. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, dan itu baik baginya. Jika ia tertimpa kesusahan, ia bersabar, dan itu baik baginya,” (HR Muslim)
 
Sebagai sebuah NGO yang bergerak atas prinsip sukarela dan tidak terikat kepada mana-mana organisasi , kami memerlukan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan dalam menggerakkan projek kebajikan kami.
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun ini.
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)